Monday, January 31, 2011

Astro Penaja Liga Malaysia 2011


liga malaysia 20111 (Live) Liga Malaysia 2011 Di Astro

Kalau sebelum ramai yang boleh tengok aksi Liga Malaysia RTM secara percuma, mungkin selepas ini peminat Liga Super kena melabur sikit jika mahu melihat perlawanan-perlawanan bagi Liga Malaysia 2011. Kena langgan Astro, baru boleh tonton LIVE Liga Malaysia 2011 di Astro ataupun paling tidak pun turun tengok kat mapley….

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia 2011 yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.

Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. – Utusan

Kalau sebelum ini ramai yang mengutuk ASTRO asyik menganaktirikan bolasepak tempatan. Nah, Astro sudah bertindak sekarang. MAXIS main sponsor, manakala Astro mengambil hak media penyiaran bagi Liga Malaysia 2011. Dijangka 26 haribulan ini akan dibuat pengumumannya. Selepas ini mungkin rating Liga Malaysia 2011 akan naik, ini berdasarkan penilaian AFC terhadap penajaan/siaran langsung/coverage yang mempunyai mata tersendiri. Diharapkan begitulah. Liga Malaysia ketika ini keempat paling corot dari 22 liga yang dinilai di Asia.

Adakah ini strategi Astro mahu monopoli semua siaran bola sepak disebabkan Unifi adalah saingan utama Astro? Ketika ini, EPL dan liga-liga utama daripada negara lain sudah pun terikat dengan Astro Supersport. Jadi, jika Unfi berminat membeli hak siaran perlawanan bola sepak, mereka perlu membeli melalui Astro. Kalau Astro tak mahu jual juga? Unifi akan hilangan penonton dan peminat bola sepak. Bisnes!!

Sekurang-kurangnya dengan ada kemasukan penajaan sebanyak ini dalam Liga Malaysia 2011, harap-harap selepas ini tiadalah kedengaran pemain-pemain tidak dibayar gaji, dapat gaji pun lambat atau masalah kekurangan revenue disebabkan kekurangan penonton setiap perlawanan. Tahun 2009 ada ura-ura untuk membuka ruang kemasukan syarikat rokok menjadi penaja dalam Liga Malaysia, dalam ruang undian yang kami sediakan di artikel tersebut, 76 peratus menyokong. Dulu punya cerita. RM220 juta boleh dikatakan satu angka yang besar seolah-olah Liga Malaysia 2011 kembali mewah seperti semasa syarikat rokok menjadi penaja dahulu.

No comments: