Monday, January 31, 2011

Persandingan Ayu Raudah dan Zaquan Adha

Akhirnya ayu raudhah sah milik zaquan adha selaku pemain bola sepak kebangsaan setelah diijabkabulkan di masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar semalam (21 januari 2011) . Selepas pelbagai masalah yang muncul lepas-satu-satu akhirnya semalam pasangan sehati sejoli ini diikat sebagai ikatan sah perkahwinan.

Nama sebenar artis popular ini Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 27, dan Mohd Zaquan Adha, 24 dinikahkan di alor star kedah oleh seorang imam masjid dengan mas kahwin sebanyak RM1,888.Manakala hantaran tiada pula diberitahu. Majlis persandingan pula diadakan dirumah pengantin perempuan jalan mawar dengan kehadiran 1000 tetamu jemputan.

Lagi gambar….

Sama padan sama cantik

K.Devan Risau Jentera Serangan Red Giant


SHAH ALAM – Beberapa tonggak kebangsaan yang membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF, bulan lalu gagal memberikan fokus dan mempamerkan prestasi sebenar ketika melayan Kelantan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Itu rumusan yang dilemparkan oleh jurulatih Selangor, K. Devan mengenai kekalahan 0-2 Selangor di tangan Kelantan yang menyebabkan skuad Merah Kuning terlepas peluang keemasan mencatat kejuaraan hatrik Piala Sultan Ahmad Shah.

‘‘Fikiran, mental dan fokus mereka (pemain kebangsaan) untuk perlawanan ini jelas amat kurang dan mereka tidak menampilkan aksi sebenar.

‘‘Ini perkara yang saya lihat menjadi salah satu punca kekalahan kita kepada Kelantan, mungkin mereka masih berasa letih.

‘‘Namun, ini baru perlawanan pertama dan saya anggap kekalahan ini kena pada tempat supaya para pemain kembali sedar serta mengambil pengajaran terutamanya pemain-pemain kebangsaan yang ada dalam Selangor untuk bangkit selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan, kelmarin.

Kata-kata Devan itu jelas terbukti apabila persembahan beberapa pemain kebangsaan seperti Safiq Rahim, Mohd. Amri Yahyah dan Safee Sali langsung tidak menyerlah, malah jauh daripada tahap sebenar mereka yang boleh pamerkan ketika bersama skuad negara.

Malah, Safee dan Amri tidak dapat merasai aksi selama 90 minit kerana dikeluarkan lebih awal oleh Devan dan digantikan oleh Fitri Syazwan dan S.Sritharan.

Selain itu, pemain kebangsaan lain yang turut terdapat dalam pasukan Selangor ialah Mohd.Razman Roslan yang memberikan sepakan penalti kepada Kelantan serta Mohd. Amirulhadi Zainal dan Mohd. Asraruddin Putra Omar.

Dalam pada itu, Devan berkata, pemberian penalti pada awal perlawanan jelas mengganggu perancangan perlawanan dan menyebabkan pemainnya terpaksa mempertingkatkan asakan untuk mencari gol penyamaan.

‘‘Nasib kita memang kurang baik, kerana di awal perlawanan lagi kita sudah ketinggalan hasil jaringan penalti dan selepas 25 minit barulah persembahan kita nampak lebih baik.

‘‘Walaupun banyak menguasai perlawanan pada separuh masa kedua, tiada tindakan penyudah daripada barisan serangan.

‘‘Harus diingat, kita tewas dua jaringan kepada Kelantan bukan hasil gerakan padang tetapi gol menerusi bola mati, satu menerusi penalti dan satu lagi daripada sepakan percuma,” katanya yang turut mempertahankan barisan pertahanannya yang disifatkan beraksi baik menangkis serangan Kelantan.

Astro Penaja Liga Malaysia 2011


liga malaysia 20111 (Live) Liga Malaysia 2011 Di Astro

Kalau sebelum ramai yang boleh tengok aksi Liga Malaysia RTM secara percuma, mungkin selepas ini peminat Liga Super kena melabur sikit jika mahu melihat perlawanan-perlawanan bagi Liga Malaysia 2011. Kena langgan Astro, baru boleh tonton LIVE Liga Malaysia 2011 di Astro ataupun paling tidak pun turun tengok kat mapley….

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mendapat suntikan penajaan baru empat tahun yang lumayan bagi Liga Malaysia 2011 yang berjumlah RM220 juta apabila melantik Astro Media sebagai rakan media sekali gus ejen pemasarannya.

Penajaan itu meliputi hak penyiaran yang bernilai RM30 juta setiap tahun manakala RM100 juta lagi bakal dilaburkan syarikat TV satelit berbayar itu bagi kegiatan promosi bola sepak dan luar gelanggang tanpa menghalang kerjasama dengan rangkaian TV lain yang ditonton percuma. – Utusan

Kalau sebelum ini ramai yang mengutuk ASTRO asyik menganaktirikan bolasepak tempatan. Nah, Astro sudah bertindak sekarang. MAXIS main sponsor, manakala Astro mengambil hak media penyiaran bagi Liga Malaysia 2011. Dijangka 26 haribulan ini akan dibuat pengumumannya. Selepas ini mungkin rating Liga Malaysia 2011 akan naik, ini berdasarkan penilaian AFC terhadap penajaan/siaran langsung/coverage yang mempunyai mata tersendiri. Diharapkan begitulah. Liga Malaysia ketika ini keempat paling corot dari 22 liga yang dinilai di Asia.

Adakah ini strategi Astro mahu monopoli semua siaran bola sepak disebabkan Unifi adalah saingan utama Astro? Ketika ini, EPL dan liga-liga utama daripada negara lain sudah pun terikat dengan Astro Supersport. Jadi, jika Unfi berminat membeli hak siaran perlawanan bola sepak, mereka perlu membeli melalui Astro. Kalau Astro tak mahu jual juga? Unifi akan hilangan penonton dan peminat bola sepak. Bisnes!!

Sekurang-kurangnya dengan ada kemasukan penajaan sebanyak ini dalam Liga Malaysia 2011, harap-harap selepas ini tiadalah kedengaran pemain-pemain tidak dibayar gaji, dapat gaji pun lambat atau masalah kekurangan revenue disebabkan kekurangan penonton setiap perlawanan. Tahun 2009 ada ura-ura untuk membuka ruang kemasukan syarikat rokok menjadi penaja dalam Liga Malaysia, dalam ruang undian yang kami sediakan di artikel tersebut, 76 peratus menyokong. Dulu punya cerita. RM220 juta boleh dikatakan satu angka yang besar seolah-olah Liga Malaysia 2011 kembali mewah seperti semasa syarikat rokok menjadi penaja dahulu.

Piya Hero Kelantan: Pelanduk Tewaskan Red Giant


SHAH ALAM – Bukan mudah untuk menewaskan Selangor yang beraksi di gelanggang sendiri, namun tugasan itu berjaya dilaksanakan Kelantan apabila membenam ego skuad Red Giants 2-0 dalam aksi perlawanan sumbangsih, kelmarin.

Orang paling gembira dengan kejayaan itu sudah tentu jurulatih baru Kelantan, Datuk M. Karathu yang membuktikan kepulangannya di bumi Kelantan seakan-akan memberikan tuah dengan menghadiahkan trofi pertama Kelantan pada perlawanan pembuka tirai Liga Malaysia.

Tanpa berselindung, Karathu yang pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 mengakui kejayaan itu akan melonjakkan motivasi pemainnya dalam memburu kejuaraan Liga Super pada musim ini memandangkan Selangor antara pencabar utama dan merupakan juara bertahan.

‘‘Menang ke atas Selangor di tempat lawan bukan satu perkara yang senang dan saya amat gembira kerana kami meraih tiga mata pada perlawanan pertama liga.

‘‘Selain menjuarai trofi Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama, saya dapat rasakan kemenangan ini akan memberikan motivasi buat pemain untuk memburu kejuaraan Liga Super,” kata Karathu selepas berakhir perlawanan, kelmarin.

Kelantan yang lebih dikenali dengan jolokan Red Warriors menang menerusi jaringan Norshahrul Idlan Talaha menerusi jaringan penalti seawal minit kelapan dan sepakan percuma di minit ke-84 oleh Mohd Badhri Mohd. Radzi.

Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Kelantan ke atas Selangor kepada lima pertemuan.

Terengganu akan menjadi lawan kedua Kelantan dalam saingan Liga Super pada perlawanan yang dijadualkan esok di Stadium Sultan Mohamed IV.

Walaupun pada awal musim ramai meramalkan Kelantan akan pincang di bahagian sayap selepas ketiadaan Indra Putra Mahayuddin dan Mohd. Nor Farhan Muhammad, sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Aksi K. Soley (Solihin Kanasian) serta bekas pemain Johor FC, Mohd. Nurul Azwan Roya menggantikan dua pemain sayap itu jelas memukau pada perlawanan berkenaan dan tidak keterlaluan untuk mengatakan Kelantan mampu melangkah lebih jauh pada musim ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Karathu sendiri yang memuji persembahan kedua-dua pemain itu yang menjadi nadi kepada jentera serangan Kelantan.

‘‘Walaupun masih baru, kedua-dua mereka tidak menunjukkan sebarang permasalahan untuk bermain dengan baik dan kehadiran mereka akan banyak membantu Kelantan melangkah maju ke hadapan.

‘‘Saya harap mereka berdua dan pemain lain boleh mengekalkan momentum yang sama dalam setiap perlawanan yang kita akan harungi selepas ini,” ujarnya.

Monday, January 10, 2011

Safee Sali Main di Luar Negara

Safee pilih aksi luar negara


TRIO pemain negara (dari kanan) Safee Sali, Mohd. Amirul Hadi Zainal dan Mohd. Khyril menurunkan tandatangan pada baju salah seorang peminat semasa sesi bertemu peminat anjuran Nike di Bandar Utama, Petaling Jaya semalam. - utusan/MOHD. NAIM AZIZ


PETALING JAYA -- Penyerang kebangsaan, Safee Sali melahirkan keinginannya untuk mencuba nasib pada aksi liga luar negara di Indonesia kerana menganggap ia peluang terbaik untuk mengembangkan kerjaya bola sepaknya ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya, dia sudah 70 peratus hampir pasti akan berhijrah, namun terserah kepada perkembangan perbincangan yang bakal diadakan di antara Selangor dan kelab-kelab yang berminat.

Safee bagaimanapun menegaskan keinginannya untuk berhijrah bukan kerana Liga Malaysia tidak berkualiti, cuma dia berharap dapat bermain dalam liga antarabangsa, kerana menyedari kerjaya bola sepak adalah bersifat sementara.

"Sebagai pemain profesional, kalau tak rebut peluang sebegini, rugilah. Peluang ini tidak datang selalu.

"Kalau dapat bermain di luar, baru saya boleh uji kebolehan diri yang sebenar, di samping dapat mengembangkan cara permainan dan prestasi saya," katanya kepada pemberita pada majlis meraikan pemain skuad negara yang menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 anjuran Nike di sebuah kompleks beli belah terkemuka di sini semalam.

Menurut pemenang Kasut Emas Piala AFF Suzuki itu, tiga kelab Liga Super Indonesia (ISL) berminat mendapatkan khidmatnya iaitu Persib Bandung, Persib Balik Papan serta Pelita Jaya.

Tambahnya, sebuah lagi kelab Vietnam bagaimamana pun tidak meneruskan hasrat mereka.

"Saya difahamkan tiga kelab liga Indonesia masih berminat dan saya menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) untuk menguruskan segala pebincangan perpindahan," jelasnya.

Safee masih mempunyai kontrak bersama Selangor sehingga November depan.

Kelab-kelab yang mahu mendapatkan Safee dijangka perlu menebus kontraknya untuk membolehkan perpindahannya berlaku.

Menurut Safee, seandainya perjanjian perpindah tercapai, dia tidak akan berhijrah dalam tempoh terdekat dan masih sempat bermain beberapa perlawanan untuk Selangor.

Ini kerana, katanya, Liga Indonesia dijangka akan bermula pada Mei tahun ini.

Ditanya mengenai kelab mana yang ingin disertainya, Safee memilih Persib Bandung kerana jaraknya yang dekat dengan tanah air di selain dia juga masak dengan persekitaran di wilayah tersebut.

"Saya juga mungkin membawa isteri dan anak bersama, tapi tengoklah keadaan dulu," jelasnya.

Kecemerlangan Safee yang meledak lima gol ketika Kejohanan Piala AFF Suzuki bulan lalu, menaikkan namanya Asia Tenggara.

Rakan-rakan sepasukan seperti ketua pasukan Syafiq Rahim dan Norsharul Idlan Talaha turut dikaitkan dengan beberapa kelab di Indonesia.

Sunday, January 9, 2011

Khairul Fahmi Jumpa Nik Aziz

Memang dah top Khairul Fahmi nie, mungkin Khairul Fahmi adalah anak kelahiran kelantan, tok guru nik aziz sudi untuk berjumpa dengan Khairul Fahmi sebagai tanda penghargaan kepada Khairul Fahmi kerana persembahan yang di tunjukkan pada piala suzuki yang lepas. Dengar khabar Khairul Fahmi dapat sebuah rumah di kelantan. Rezeki datang bergolek, terima saja. Masa ni orang akan ingat kita, dan ada ketika kita akan terjatuh juga dan tiada siapa yang ingin tahu.

Khairul Fahmi skang memang dah macam goreng pisang panas. Hehehe.





Kredit Gambar: DI SINI

Nicholas Chan permata baru sertai Red Warrior


Nicholas Chan merupakan bintang muda yang bakal menjadi taruhan terbaru pasukan Red Warrior dalam Liga Super 2011. Nicholas Chan yang berumur 19 tahun berasal dari Kuala Lumpur dan merupakan anak kepada jutawan dan pemilik kelab yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu di England iaitu Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee .

Sebelum ini banyak pihak memperkatakan mengenai ramai pemain bola sepak berbakat dari Malaysia beraksi di luar negara , kini Kafa pimpinan TS Anuar Musa mengambil pendekatan lebih bijak daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila berjaya membawa pulang bakat berharga seperti Nicholas Chan itu untuk digilap di negara sendiri.




Lebih menarik lagi, bapaknya yang juga pemilik Cardif City memberikan penajaan sebanyak RM100,000 kepada Kelantan dan berjanji akan membawa pegawai, pemain dan penyokong bertuah ke Cardiff untuk bertemu dengan penyerang sensasinya, Craig Bellamy .
Syabas KAFA kerana bertuahnya mendapat penajaan yang begitu besar serta beberapa penaja lain . Jika sebuah pasukan itu berjaya dalam kancah liga bola sepak Malaysia , sudah tentu akan banyak penaja sudi menaja pasukan mereka .

Kepada bintang baru Kelantan yang beraksi di tengah & pertahanan ini , sudah tentunya beliau akan menjadi perhatian ramai peminat bola sepak tanahair dan mungkin akan mendapat perhatian skuad K Rajagopal untuk call up national team .

pernah sertai pemilihan skuad remaja West Ham & Burnley

Saturday, January 1, 2011

Aksi Bolasepak Malaysia Dulu Dulu

Khas untuk kaki bola.... disini sempat aku selongkah keratan-keratan akhbar lama untuk sekadar ingatan bersama. Sama-sama kita saksikan....

Skuad kebangsaan yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia satu masa dahulu menyanyikan lagu Kebangsaan Negaraku di kem latihan Bukit Freaser dua hari sebelum perlawanan menentang Korea Selatan pada kelayakan Pra-Olympic Final di Stadium Merdeka pada (4 April 1980).

Kesebelasan utama pasukan Malaysia berbaris sebelum perlawanan bermula (6 April 1980). Tidak kelihatan di barisan Mokhtar Dahari kerana cedera.

Aksi tandukan terbang dari penyerang lincah Hassan Sani yang menghasilkan jaringan penyamaan ketika bertemu Korea Selatan.


Hero perlawanan James Wong yang menjaringkan gol kemenangan 2-1 keatas Korea Selatan di kerumuni pemain-pemain setelah wisel penamat dibunyikan.

Kelihantan Soh Chin Aun, Khalid Ali dan kesebelasan utama pasukan Malaysia diberi penghormatan mengadap orang kenamaan dipentas diraja serta diberi ucap tahniah diatas kejayaan mengalahkan Korea Selatan sekaligus layak ke Pra-Olympic Moscow 1980 (Apapun kita memboikot atas sebab Russia-Afhganistan)

kredit to http://daddyslinkkk.blogspot.com/2009/08/masih-dalam-ingatan.html

SuperMokh: Mokhtar Dahari


Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985.

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.


Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

KBS tumpu latihan khas pasukan bola Malaysia


KEMAMAN 1 Jan — Kementerian Belia dan Sukan akan memberikan tumpuan kepada latihan khas skuad bola sepak negara pada tahun ini dalam usaha untuk memastikan pasukan itu mampu beraksi dalam peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata fokus KBS pada masa kini adalah peringkat kelayakan ke Sukan Olimpik dan akan menyenaraikan sukan itu dalam program Road to London 2012 berdasarkan kejayaan skuad bola sepak negara merangkul kejuaran Piala Suzuki AFF di Jakarta, Selasa lepas.

"Kita akan sediakan bajet khas untuk memastikan mereka mendapat latihan intensif dan bukan hanya latihan di dalam negara semata-mata.

"Kalau boleh kita mahukan mereka mendapat pendedahan secukupnya sebelum menghadapi pusingan kelayakan itu,” katanya ketika ditemui selepas menyertai “DASC Friendship Golf Tour” di Awana Kijal di sini hari ini.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang jumlah peruntukan dan negara yang dicadangkan untuk pasukan bola sepak negara menjalani latihan, Ahmad Shabery berkata ia akan dibincangkan dengan jawatankuasa teknikal. — Bernama

Premier League - Spurs to make move for Beckham

David Beckham could be set for a sensational return to England after Tottenham boss Harry Redknapp confirmed he would try to sign the midfielder on loan.

- 0

In what was a U-turn from his recent denials of interest in Beckham, Redknapp revealed he would ask chairman Daniel Levy to persuade Los Angeles Galaxy to lend the 35-year-old to Spurs until the Major League football season begins in March.

"It's whether Galaxy will let him go on loan," said Redknapp, well aware of Beckham's softened stance on a Premier League return having previously stated he would only go back to Old Trafford. "If they did, we'd be interested and plenty of others would be as well."

He added: "He'd be a good influence to have, the type of lad you want at your club and he'd give the whole place a lift.

"He's been a fantastic player and he is someone the players would look up to and respect. And I still think he can do a job for sure.

"He had no pace when he was 17 but he had a great brain and a great delivery and strike. He's a worker.

"It's not as if he's suddenly lost blistering pace. He makes the ball do it and plays around people."