Tuesday, March 31, 2009

Frank Ribery Pergi MU, Ronaldo Pergi Real Madrid


Isu kepindahan pemain memang tidak pernah ada matinya. Kali ini yang menjadi sasarannya adalah winger Bayern Munich, Frank Ribery. Katanya nih, Ribery saat ini sedang didekati oleh Manchester United lho. Klub yang memiliki julukan The Red Devils tersebut ternyata mengincar Ribery sebagai pengganti Ronaldo.


Usut punya usut, tampaknya kepindahan Ronaldo dari Madrid sepertinya bakal beneran terjadi. Skenarionya, jika Cristiano Ronaldo meninggalkan Old Trafford, Ribery-lah yang akan menjadi pengganti pemain yang mendapat julukan CR7 tersebut.


Kemampuan Ribery memang tidak berbeda jauh dari Ronaldo. Meskipun jarang memainkan bola layaknya Cristiano Ronaldo, Ribery memiliki kemampuan yang tidak kalah dari Ronaldo. Buktinya pada pertandingan Liga Champions ketika Munich menghadapi Lisbon, ia berhasil mencetak dua gol dan memberikan satu assist.


Tapi, ada satu hal yang harus diwaspadai oleh MU jika ingin mendapatkan Ribery. Ternyata selain MU, Barcelona sudah terlebih dahulu lho ingin memboyong Ribery.

Kelantan Miliki Penyerang Paling Berbisa


Sentuhan penyudah penyerang utama bakal menjadi tumpuan penting lima pasukan teratas khususnya Selangor dan Kelantan yang saling bersaing merebut kembali teraju persaingan bola sepak Liga Super 2009, malam ini.

Jika Safee Sali masih serba tidak menjadi, kelemahan itu mampu ditampung Amri Yahyah, Rudie Ramli dan R. Surendren mahupun pemain bawah 20 tahun pasukan itu manakala Kelantan perlu lebih bimbangkan ketidakseimbangan pasukan biarpun berjaya mengumpul 25 gol setelah dibolosi 17 kali.

Anak buah Peter James Butler hanya mampu terus mengekori teraju liga selagi tidak memperbaiki barisan bentengnya yang dikemudikan bekas pemain belia negara dan Perak, Ahmad Azlan Zainal dan sikap penjaga gol veteran, Halim Napi yang mudah hilang tumpuan serta panas baran.

Malah Wira Merah yang memiliki jentera serangan berbisa dengan Indra Putra Mahayuddin, Khalid Jamlus, Nor Farhan Muhammad dan Badhri Radzi menghadapi pertemuan buku dengan ruas apabila melayani Negeri Sembilan di Kota Bharu.

Si Rusa yang diterajui Wan Jamak Wan Hassan mengatasi kekurangan Kelantan kerana setakat ini menjadi pasukan yang terendah melepaskan gol (enam gol) sekali gus menggambarkan kemantapan penjaga golnya, Farizal Harun dan bek tengahnya, Aidil Zafuan Radzak.

Gandingan muda dan berpengalaman seperti Zaquan Adha Radzak, Shahurain Abu Samah, S. Kunanlan dengan Shukor Adan, Rezal Zambery Yahya dan Idris Karim menjanjikan laluan yang perit untuk Kelantan mempertahankan rekod tanpa kalahnya di kubu sendiri.

Sebaliknya Gergasi Merah bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin untuk menentang Terengganu dengan barisan mantap kecuali sayap kanannya, Amirulhadi Zainal yang kini cedera lutut kanan.
Pengurus pasukan Selangor, Zakaria Ab. Rahim berkata: "Kemarau gol Safee bukan bererti dia kurang menyengat lagi tetapi memang sukar bagi mana-mana penyerang pun jika lawan meletakkan sehingga dua pemain untuk mengekangnya sepanjang masa.

"Namun Selangor mempunyai hampir kesemua pemain yang boleh menjaringkan gol termasuk pemain belia. Kami tidak akan hanya bergantung kepada Safee apatah lagi Zaiza Zainal Abidin (bek tengah) sudah dilatih sebagai penyerang sejak pulih daripada kecederaan," katanya.

Perlis yang cuba mengintai untuk menyelinap terus ke teraju liga sekiranya Selangor dan Kelantan dapat dikekang walau satu mata pun, malam ini, bertembung KM Naza di Alor Setar dengan mengusung masalah ketumpulan penyerang utamanya, Nizaruddin Yusof.
Gandingan pendahulu senarai penjaring Liga Super ini dengan penyerang muda, Ahmad Fakri Saarani masih tidak melegakan jurulatih Singa Utara, Irfan Bakti Abu Salim.

"Sudah tiga perlawanan Nizaruddin gagal menjaringkan gol. Ia membimbangkan saya," katanya.

Kedah yang secara beransur-ansur bangkit dari kelompok bawahan, turut bimbang dengan sentuhan penyerangnya, Khyril Muhymeen Zambri dan Azrul Ahmad.

Wednesday, March 25, 2009

Kelantan Bakal Juara Liga Malaysia

Lepas nih Kelantan bakal jadi Juara Liga Malaysia. Tahniah Anuar Musa kerana bawa Kelantan sebagai salah satu pasukan yang kuat dalam Liga tahun ini. Nak harap kat Nik Aziz asyik main politik ja..bola tak kuat kuat pun. Nak harap Husam pun tak leh.
Awas Selangor dan Perlis. Lepas ini Kelantan akan belasah pasukan kamu cukup cukup. Hidup Kelantan, Hidup Kijang. Say No To Politic Esktrems.


Monday, March 23, 2009

LIVERPOOL MENANG 5-0

Liverpool menang lagi selepas belasah MU 4-1. Liverpool kini 61 point, cuma kurang 4 point dari MU. Siaplah MU...Liverpool akan mengganas dan memotong MU nanti..hahahaha kempunanlah Rio Ferdinand mahu julang piala.



Sunday, March 22, 2009

Padan Muka Kau Rooney

Sebab kau lah Rooney, MU kena 0-2 malam ni dengan Fulham. Aku memang benci kau. Dah muka macam bagus je. Tak mengapa, dengan kekalahan MU tadi, sekurang-kurangnya Liverpool akan terus merapati MU dan menjuarai Liga EPL musim ini. Go Go Go Liverpool go

Monday, March 16, 2009

Liverpool Akan Jadi Juara EPL Nanti

Padan Muka Manchester kena belasah 4-1 dengan Liverpool. Sukan Bola meramal Liverpool akan menjadi juara EPL pada kali ini. Tinggal lagi 9 games untuk Manchester, tapi kena lawan dengan Arsenal nanti. Sure kena belasah pula dengan Arsenal nanti. Abislah kau Alex Ferguson. Dah lah baju baru Manchester tak lawa langsung. Poyo je siapa sokong Man U