Thursday, February 26, 2009

Viva Liverpool Viva Liverpool


Youssi Benayoun menjadi wira Liverpool dengan jaringan minit-minit akhir permainan untuk memastikan kemenangan 1-0 ke atas Real Madrid dalam perlawanan Liga Juara-Juara pagi tadi.

Keputusan Liga Juara-Juara
Chelsea 1 - 0 Juventus
Real Madrid 0 - 1 Liverpool
Sporting Lisbon 0 - 5 Bayern Munich
Villarreal 1 - 1 Panathinaikos

Liverpool akan menjadi juara lagi kali ini. Bukan mudah nak kalah kan Real Madrid. Liverpool akan tundukkan semua pasukan lagi selepas ini. Kempunan lah penyokong-penyokong Manchester United.

Perak Tak Nak Bayar Gaji Player


AMARAN diulangi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) betapa Perak bakal diketepikan daripada saingan Liga Super musim depan jika hutang mereka tidak diselesaikan. Tetapi ianya sekadar disambut dengan reaksi dingin. Walaupun Jawatankuasa Status Pemain yang bersidang semalam mengulangi apa yang ditetapkan Exco FAM awal tahun ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PFA) tetap mempertahan pendiriannya untuk mengutamakan pengurusan skuad kini berbanding bayaran tertunggak pemain dan jurulatih skuad musim lalu menerusi setiausaha kehormatnya, Anuar Hashim. FAM sebelum ini menyuarakan ketegasannya kepada PFA dan ahli gabungan lain yang mempunyai masalah bayaran tertunggak untuk berdepan kemungkinan dilarang beraksi dalam saingan Liga M musim 2010 jika tidak menyelesaikan segala kemelut kewangan sebelum 31 Disember ini.

“Adalah lebih baik kami menumpukan perhatian terlebih dulu dengan pengurusan skuad kini, pengurusan baru PFA hanya mengambil alih pada November tahun lalu dan kami kesuntukan masa untuk menubuhkan pasukan menghadapi Liga Super musim ini. “Kami akan berusaha menyelesaikan bayaran tertunggak bekas pemain Perak. Tapi buat masa ini keutamaan ialah terhadap skuad musim ini kerana jika semua perkara mahu ditangani kini, tiada apa yang mampu diselesaikan,” kata Anuar semalam. Jumlah anggaran lebih RM600,000 ditanggung PFA dikatakan tunggakan gaji empat bulan dari Julai sehingga Oktober tahun lalu, termasuk tiga bekas pemain import yang berjumlah RM186,000, gaji bekas jurulatih, Steve Darby sekitar RM120,000 dan baki RM300,000 adalah jumlah gaji pemain tempatan.

Wednesday, February 11, 2009

T Team Pasukan Impian Liga M

Rosdi Talib, bekas kapten pasukan kebangsaan mengemudi jentera tengah T Team sekarang.

Barisan impian, itulah yang boleh digambarkan kepada pasukan T-Team selepas aksi mereka ketika menang ke atas pasukan tuan rumah dalam saingan Liga Perdana, PKNS FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin bagaikan tiada cacat cela.
Walaupun dikejutkan dengan jaringan pendahuluan tuan rumah pada minit ke-13 oleh Fatrurazi Rozi pasukan yang berpengkalan di Terengganu itu tidak mudah melatah dengan memperoleh empat gol sebelum perlawanan tamat. Menurut jurulatihnya, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Noor, dia amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya terutama ketika beraksi di gelanggang lawan.

"Saya berterima kasih kepada pemain yang mempamerkan permainan mantap, ia termasuk di semua bahagian serangan, tengah dan pertahanan walaupun penjaga gol utama kami, Mohd. Syamsuri Mustafa tidak dapat diturunkan akibat kecederaan," katanya ketika ditemui kelmarin.
Jelasnya, gandingan mantap antara pemain kebangsaan Hairuddin Omar dan Haris Safwan Kamal membuahkan hasil apabila kedua-duanya berjaya menjaringkan gol.

"Haris dan Hairuddin mempamerkan permainan mantap di bahagian serangan manakala Rosdi Talib bersama Mohd Norhisham Hassan menjadi nadi utama di bahagian tengah.
"Sementara di bahagian pertahanan pula saya senang dengan ketenangan yang dipamerkan Norfazly Alias mematahkan serangan pasukan PKNS,'' ujarnya.

Che Ku Marzuki berkata, PKNS juga memberi tentangan sengit dengan beberapa pemain berpengalaman tetapi kecederaan yang menimpa penyerang utama mereka Fatrurazi pada separuh masa kedua memberi ruang buat pasukannya untuk menguasai perlawanan.
"Saya akan cuba mengekalkan barisan yang sama pada perlawanan seterusnya menentang Johor, Isnin depan dan mengharapkan mereka mempamerkan rentak permainan yang sama di hadapan penyokong sendiri,'' ujarnya.

T-Team kini berada di tangga ketiga liga dengan mencatatkan rekod bersih belum pernah tewas dari tiga perlawanan, menang dua kali dan seri sekali.

Selangor Menang Biarpun Main 10 Orang

Dua pemain Perlis (jersi kuning) menghalang pemain Selangor Mohd. Amirul Hadi Zainal dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Negeri Sembilan merampas kedudukan pendahulu bola sepak Liga Super selepas membelasah Johor FC 3-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.Mereka berjaya mengetepikan pendahulu terdahulu, KL Plus yang mengalami kekalahan pertama musim ini selepas tumpas 2-0 kepada penyandang juara, Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Selangor pula masih berjaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas Perlis meskipun menamatkan permainan dengan 10 pemain di Stadium Shah Alam. Empat pasukan - Negeri Sembilan, Selangor, KL Plus dan Kelantan kini berkongsi 12 mata selepas mengharungi lima perlawanan, tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol. Dalam perlawanan di Shah Alam, Selangor terpaksa mengharungi 20 minit terakhir dengan 10 pemain selepas Nasriq Baharom dilayangkan kad merah kerana menyiku pemain lawan.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya mempertahankan kelebihan mendahului menerusi jaringan Nasriq pada minit ke-40, diikuti Fazilidin Khalid pada minit ke-52. Perlis yang tampil lebih cergas selepas beraksi dalam dua perlawanan Piala FA, memperoleh gol sagu hati menerusi rembatan deras Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-56.
Sementara itu, Kedah akhirnya memperoleh kemenangan pertama musim ini, berterima kasih kepada dua jaringan Mohd. Fadly Baharum pada minit kesembilan dan 63. Kemenangan tersebut menghidupkan kembali peluang skuad Hijau Kuning itu untuk mempertahankan kejuaraan selepas mengalami tiga kekalahan dan satu seri dalam empat perlawanan terdahulu.
Kelantan pula terus menjadi pencabar utama gelaran Liga Super musim ini apabila mencatat kemenangan keempatnya dengan menewaskan Perak 3-2 di Stadum Perak, Ipoh.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 ketika saingan tinggal seminit untuk ditamatkan, namun jaringan Mohd. Norfarhan Mohamad pada minit ke-89 memastikan Kelantan pulang bersama tiga mata penuh. Dalam perlawanan di Stadium Darul Makmur, Pahang terus malang apabila tunduk 1-2 kepada wakil Kedah, Kuala Muda Naza. Gol Kuala Muda dijaringkan oleh ketua pasukan, Mohd. Anuar Jusoh pada minit ke-27 dan K. Rajan (minit ke-41), manakala gol sagu hati Pahang pada minit ke-54 dijaringkan oleh Mohd. Shahrizan Salleh.

Di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang juga gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri apabila tumpas 2-3 kepada UPB-MyTeam. Mohd. Fazrul Hazli Kadri membuka jaringan MyTeam pada minit ke-10, diikuti jaringan Mohd. Nazrin Nawi (56) dan Mohd. Zamri Chin (89) manakala gol Pulau Pinang dijaringkan Mohd. Mohd Rafiuddin Nordin pada minit ke-30 dan Mohd. Failee Mohd. Ghazali, minit ke-69.

Dalam satu lagi perlawanan di Stadium Sultan Mizan, gol tunggal Mohd Ashaari Shamsuddin di minit ke-77 membantu Terengganu menewaskan pasukan tercorot liga, PDRM 1-0.

Tuesday, February 10, 2009

Siapa Hendak Ganti Sathia ?


Berita baik buat pencari kerja yang memiliki pengetahuan luas di dalam bola sepak dan bersedia menerima kritikan sama ada daripada pengurusan atau peminat termasuk dipecat jika gagal.Ini kerana, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengiklankan jawatan kerusi panas, jurulatih pasukan kebangsaan kepada individu berkelayakan yang berminat berkemungkinan minggu ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad. Siapa lah nak ganti Sathia nih...silap silap ganti kena buang kerja pulak nanti. Dulu ambi Hatem Soussi, Claude Le Roy, Alan Haris, Bertalan Biskei semuanya tak kena. Buang semua, ambil pula jurulatih tempatan...Wan Jamak, Sathia, Norizan Bakar, Abdul Rahman Ibrahim, Soh Chin Aun pun kena buang. Semuanya tidak kena. Buang juga. Sampai bila lah FAM ni nak kerja buang orang ambil orang...? Bolasepak Malaysia makin teruk..bukannya bertambah baik pun..salah jurulatih ke salah siapa nih...

Monday, February 9, 2009

Nizaruddin Yusof Penjaring Gol Terbanyak Liga Super


4 Gol Nizaruddin Yusof (Perlis)Norshahrul Idlan Talaha (MyTeam)

3 Gol Zaquan Adha (Negri Sembilan)Azamuddin Md Akil (Pahang)Amri Yahyah (Selangor)

2 GolMohd Riduan Ma’on (Johor FC)Safee Sali (Selangor)Ramzul Zahini (Kelantan)Mohd Irme Mat (Pulau Pinang)Abdul Manaf Mamat (Terengganu)Amirulhadi Zainal (Selangor) - Indraputra Mahayuddin (Kelantan) - Zairo Anuar Zailani (Terengganu) - Razali Umar Kandasamy (Perak) -

1 GoalKhyril Muhymeen (Kedah)Zamir Zainun (Selangor)Fazrul Hazli (MyTeam)Ridzuan Othman (Perlis)Chan Wing Hoong (Perlis)Hasmizan Kamarodin (Pahang)M.Sivakumar (Johor FC)Idris Karim (Negri Sembilan)Wan Hossen (Perak)Shahrizal Saad (Perak)Nasriq Baharom (Selangor)Shukor Adan (Negri Sembilan)K. Thanaraj (Negri Sembilan)Mohd Norfarhan (Kelantan)Mohd Nurul Azwan Roya (Johor FC)Mohd Hamzani Omar (Johor FC)Bobby Gonzales (PLUS FC)Mohd Fadli Saari (PLUS FC)Liew Kit Kong (Kuala Muda NAZA)R. Surendren (Selangor) - Khalid Jamlus (Kelantan) - newZulhishyam Jamaluddin (Kuala Muda NAZA) - Azlan Ismail (Terengganu) - Mohd Lot Abu Hassan (PLUS FC) - V. Jaganathan (Pulau Pinang) -