|
|
MILAN - Juventus akhirnya berjaya mendapatkan penyerang baru apabila mengesahkan pemain dari Montenegro, Mirko Vucinic, akan menyertai mereka dari AS Roma dengan bayaran 15 juta Euro ($21.45 juta).
Juve, yang terlepas peluang mendapatkan Sergio Aguero yang menyertai Manchester City dari Atletico Madrid dan Giuseppe Rossi, kerana Villarreal mengambil keputusan tidak mahu menjualnya terpaksa bersaing dengan Tottenham bagi mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.
"Juventus akhirnya mencapai persetujuan dengan AS Roma mengenai pembelian Marko Vucinic, " kata kenyataan rasmi Juventus, sambil menambah yuran perpindahan mungkin akan dibayar dalam tempoh tiga tahun.
Vucinic telah bersama dengan AS Roma selama lima musim dan sebelum itu pernah beraksi di Lecce.
Dia merupakan pemain utama dalam Montenegro semenjak negara itu ditubuhkan pada tahun 2007 kerana berpisah dengan Serbia dan menjaringkan 11 gol dalam 22 penampilan.
Juventus sekadar menamatkan persaingan pada tangga ketujuh Serie A pada musim lalu dan terlepas peluang bermain pada kejohanan Eropah.
Semenjak menggantikan Luigi Del Neri selaku jurulatih, Antonio Conte telah berbelanja kira-kira 37 juta Euro untuk membeli empat pemain iaitu Alessandro Matri, Fabio Quagliarella, Simone Pepe dan Marco Motta bagi memperkuatkan pasukan. - Reuters
No comments:
Post a Comment