Thursday, December 31, 2009

Malaysia Menang 4-1 Dengan Syria


MALAYSIA berjaya menewaskan Syria 4-1 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Di hadapan kira-kira 3,000 penonton, Malaysia mendahului 1-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan Safiq Rahim menerusi sepakan penalti pada minit ke-31 setelah Norshahrul Idlan Talaha dijatuhkan.

Gol kedua diperolehi pada minit ke-63, juga menerusi sepakan penalti Safiq setelah Norshahrul dijatuhkan sekali lagi.

Syria merapatkan jurang pada minit ke-68 setelah mereka turut diberikan sepakan penalti hasil keadaan tolak menolak di dalam kotak penalti Malaysia ketika sepakan sudut diambil. Pemain No.4 Syria menyempurnakan sepakan itu.

Gol ketiga Malaysia dijaringkan Zaquan pada minit ke-77 setelah dia menyudahkan hantaran Abdul Manaf Mamat.

Bagaimanapun, Zaquan dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-79 kerana didakwa oleh pengadil sengaja melengah-lengahkan masa ketika dia hendak ditukarkan dengan Ahmad Shakir Md. Ali.

Gol keempat Malaysia hadir pada masa kecederaan menerusi satu serangan balas yang disudahkan dengan baik oleh K. Gurusamy.

Malaysia akan terbang ke Dubai pada Isnin depan bagi menghadapi perlawanan terakhir Kumpulan C pada aksi kelayakan Piala Asia 2011 menentang UAE pada 6 Januari depan.

SENARAI PEMAIN MALAYSIA YANG BERAKSI MALAM TADI:

1-Farizal Marlias (28-Sharbinee Allawee Ramli m-81)

6-Nasriq Baharom (18-Mazlizam Mohamad m-45)
5-Norhafiz Zamani Misbah (c) (20-Ahmad Shakir Md. Ali m-89)
24-Muslim Ahmad (7-Aidil Zafuan Radzak m-45)
11-Azmi Muslim (4-Asraruddin Putra Omar m-71)

13-Ahmad Fakri Saarani (21-Amirulhadi Zainal m-62)
10-Safiq Rahim (2-Sabre Mat Abu m-85)
12-Amar Rohidan (15-K.Gurusamy m-62)
16-S.Kunanlan (23-Baddrol Bakhtiar m62)

9-Norshahrul Idlan Talaha (14-Abdul Manaf Mamat m-66)
8-Zaquan Adha Radzak (kad merah minit ke-79)

PEMAIN TIDAK DIGUNAKAN:

3-Mahali Jasuli
17-Amri Yahyah

No comments: