LONDON: Jika Liverpool mahu mencari inspirasi apabila berdepan tugas sukar untuk pertemuan dengan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia), mereka hanya perlu mencontohi Bolton Wanderes.
Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol di Stamford Bridge, untuk mengatasi Chelsea di perlawanan kedua suku akhir selepas tewas 3-1 kepada pasukan bimbingan Guus Hiddink itu minggu lalu.
Bolton menjaringkan tiga gol dalam masa lapan minit di Chelsea kelmarin, selepas mendapatkan gol pertama mereka sesudah ketinggalan 4-0 dan Chelsea sudah mengeluarkan Frank Lampard dan Didier Drogba apabila perlawanan kelihatan sudah dimenangi mereka.
Walaupun Chelsea bertahan untuk menewaskan Bolton 4-3 dan mengekalkan tekanan ke atas Liverpool dan pendahulu, Manchester United di Liga Perdana, Bolton sudah membuktikan pertahanan Chelsea bukan tidak boleh ditembusi.
"Saya sedikit risau kami melepaskan tiga gol tetapi setiap perlawanan berbeza, namun biar ia menjadi pengajaran, " kata jurulatih sementara Chelsea, Hiddink.
Walaupun tanpa kapten pasukan, John Terry yang menjalani penggantungan, mereka tetap mempunyai pemain gantian yang berkemampuan seperti yang dibuktikan pemain pertahanan Serbia, Branislav Ivanovic yang jarang diturunkan dan menjaringkan dua gol di Anfield.
Ricardo Carvalho yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan selepas tidak beraksi tiga perlawanan, dijangka mengisi kekosongan Terry.
Liverpool pasti berharap untuk mengelak kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge apabila mereka tewas di separuh akhir musim lalu.
Bagaimanapun, mereka sudah menang di sana musim ini dengan kemenangan 1-0 Oktober lalu yang menamatkan rekod tanpa kalah 86 perlawanan Chelsea di tempat sendiri dalam Liga Perdana.
Sejak itu, Chelsea sudah menggantikan jurulatih, Luiz Felipe Scolari dengan Hiddink dan nasib mereka berubah di bawahnya dengan sembilan kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan. Malam ini Liverpool akan belasah Chelsea. Menangislah penyokong Chelsea malam nih..hahahha

No comments:
Post a Comment