Saturday, April 18, 2009

Kamaruddin Maidin, Bekas Atlet Olimpik Negara Koma


Kamaruddin Maidin, 66, anak Terengganu pertama yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Rome 1960, kini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat penyakit paru-paru.

Isterinya Rajemah Sheikh Ahmad, juga bekas atlet dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1966, berkata Kamaruddin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada pagi Jumaat lepas dan keadaannya pada ketika itu sudah pun tenat.

“Sekarang dia macam koma... doktor nasihatkan anak-anak supaya sentiasa berada di sisi,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Pengerusi Yayasan Kebangsaan Atlet Negara Datuk Mumtaz Jaafar di HSNZ di sini hari ini. Sukan bola mengajak sahabat-sahabat semua mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sedia kala.

No comments: