Friday, June 19, 2009

Korea Utara Layak Ke World Cup. Malaysia Bila Lagi????


SYDNEY - Korea Utara bakal beraksi buat kali pertama di Piala Dunia sejak 44 tahun, selepas memperoleh satu mata berharga yang diperlukan untuk ke pusingan akhir di Afrika Selatan 2010. Pemain Korea Utara beraksi mantap untuk mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Arab Saudi di Riyadh, semalam.

Keputusan tersebut cukup untuk membolehkan negara itu menduduki tempat kedua Kumpulan 2 dan menyertai pendahulu, Korea Selatan layak secara automatik ke Piala Dunia 2010.

Ia merupakan kali pertama buat kedua-dua negara Korea terlibat sama di kejohanan berprestij itu. Korea Utara yang membuat penampilan pertama di Piala Dunia pada 1966 di England menjadi perintis buat negara Asia ke pusingan seterusnya apabila berjaya ke suku akhir ketika itu.

Sementara itu, suasana berbeza di Iran berbanding sambutan penuh meriah di Pyongyang.
Iran melepaskan peluang beraksi di pusingan akhir Piala Dunia 2010 selepas mencatat keputusan seri 1-1 di Seoul. Jaguh bola sepak Asia itu seharusnya mencatat kemenangan pada pertemuan tersebut bagi melangkah ke persaingan akhir di Afrika Selatan.

Dalam pada itu, Arab Saudi harus menumpaskan Bahrain untuk menduduki tempat ketiga dalam satu perlawanan playoff kategori Asia dan kemudiannya bertemu juara Oceania, New Zealand jika pasukan itu berjaya melangkah kali kelima berturut-turut ke Piala Dunia tahun depan.

Bahrain layak untuk beraksi di perlawanan playoff Asia September ini apabila mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Uzbekistan di Manama.Kemenangan itu sekali gus melayakkan Bahrain menduduki tempat ketiga bagi persaingan Kumpulan Satu di belakang Australia dan Jepun.

Sementara itu, gol semangat jaringan daripada pemain tengah Everton, Tim Cahill membantu Australia bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Jepun 2-1 di Melbourne. Keputusan tersebut membolehkan Australia mengakhiri saingan kumpulan dengan mencatat rekod tanpa kalah dan mendahului dengan lima mata.

No comments: