Barisan impian, itulah yang boleh digambarkan kepada pasukan T-Team selepas aksi mereka ketika menang ke atas pasukan tuan rumah dalam saingan Liga Perdana, PKNS FC 4-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, kelmarin bagaikan tiada cacat cela.
Walaupun dikejutkan dengan jaringan pendahuluan tuan rumah pada minit ke-13 oleh Fatrurazi Rozi pasukan yang berpengkalan di Terengganu itu tidak mudah melatah dengan memperoleh empat gol sebelum perlawanan tamat. Menurut jurulatihnya, Che Ku Marzuki Che Ku Mohd. Noor, dia amat berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh anak buahnya terutama ketika beraksi di gelanggang lawan.
"Saya berterima kasih kepada pemain yang mempamerkan permainan mantap, ia termasuk di semua bahagian serangan, tengah dan pertahanan walaupun penjaga gol utama kami, Mohd. Syamsuri Mustafa tidak dapat diturunkan akibat kecederaan," katanya ketika ditemui kelmarin.
Jelasnya, gandingan mantap antara pemain kebangsaan Hairuddin Omar dan Haris Safwan Kamal membuahkan hasil apabila kedua-duanya berjaya menjaringkan gol.
Jelasnya, gandingan mantap antara pemain kebangsaan Hairuddin Omar dan Haris Safwan Kamal membuahkan hasil apabila kedua-duanya berjaya menjaringkan gol.
"Haris dan Hairuddin mempamerkan permainan mantap di bahagian serangan manakala Rosdi Talib bersama Mohd Norhisham Hassan menjadi nadi utama di bahagian tengah.
"Sementara di bahagian pertahanan pula saya senang dengan ketenangan yang dipamerkan Norfazly Alias mematahkan serangan pasukan PKNS,'' ujarnya.
Che Ku Marzuki berkata, PKNS juga memberi tentangan sengit dengan beberapa pemain berpengalaman tetapi kecederaan yang menimpa penyerang utama mereka Fatrurazi pada separuh masa kedua memberi ruang buat pasukannya untuk menguasai perlawanan.
"Saya akan cuba mengekalkan barisan yang sama pada perlawanan seterusnya menentang Johor, Isnin depan dan mengharapkan mereka mempamerkan rentak permainan yang sama di hadapan penyokong sendiri,'' ujarnya.

T-Team kini berada di tangga ketiga liga dengan mencatatkan rekod bersih belum pernah tewas dari tiga perlawanan, menang dua kali dan seri sekali.
No comments:
Post a Comment