Monday, December 29, 2008

Rita & Aidil, Semoga Bahagia


Sukan Bola mendoakan Rita & Aidil Bahagia ke anak cucu. Moga dengan pernikahan ini akan menguatkan lagi Aidil bagi memperkemaskan barisan pertahanan skuad bolasepak negara. Vietnam yang mengalahkan Malaysia boleh menang AFF Cup. Malaysia pun boleh menang suatu hari nanti. Aidil boleh merealisasikan impian itu.

Saturday, December 13, 2008

Jangan Buang Sathia, Buang Jawatankuasa Teknikal

Kalah je nak buang coach. Kalah je silap coach. Kalau menang coach tidak dapat nama, pengurusan yang dapat nama. Kalau naik ranking, coach tidak dapat nama. Kena ingat, siapa yang latih skuad B-23 itu jadi macam hari ini. Siapa kenal Amirul Hadi, Khyrell, Asaruddin Putra, Safee Sali, kembar Adha, siapa lagi kalau bukan Sathia. Bila kalah nak buang dia, ambil coach baru. Ingat coach baru boleh faham ke perwatakan player player Malaysia tuh. Dulu masa Malaysia tewaskan Thailand 3-2 dalam Pestabola Merdeka, ramai yang puji melangit masa Hairuddin, Akmal, Indra, Nizaruddin, Botak, Shukur Adan dan Zamani kalahkan Thailand. Siapa yang didik mereka kalau bukan Alan Haris? Kemudian kalah je, buang Alan Haris. Selesaikah masalah? Ingat tidak masa final Sukan SEA 2001, Malaysia kalah 0-1 dengan Thailand? Skuad yang sama lawan Thailand. Sekarang ni team Thailand yang menang dengan Malaysia 3-0 itu ada juga orang lama yang ditewaskan oleh Malaysia dulu. Apa masalah Malaysia nih? Bila kalah semua pemain tidak yang terbaik? Rasanya buang sahaja Jawatankausa Teknikal FAM nih..dah berkarat masih lagi orang yang sama. Merekalah yang salah, bukan coach.

Wednesday, December 10, 2008

Malaysia Kalah 0-3 Dengan Thailand


Selepas menang 3-0 dengan Laos. Kemudian Malaysia kalah 2-3 dengan Vietnam. Sebentar tadi, Malaysia kalah lagi 0-3 dengan Thailand di Phuket. Seterusnya terkeluar terus dari saingan Piala Suzuki AFF 2008. Semasa kalah dengan Vietnam, Helmi Eliza Elias dipersalahkan, sebentar tadi masa lawan Thailand tiga gol mudah dilepaskan oleh Syed Adney. Di mana silapnya bolasepak Malaysia. Apakah akan selesai masalah kalau pecat B.Sathianathan? Jika datang jurulatih baru, tetapi kualiti permainan masih sama, maka bolasepak Malaysia tidak akan ke mana-mana. 30 tahun lagi pun, Malaysia akan tetap kalah macam itu juga.

Thursday, December 4, 2008

Malaysia Kena Belasah Laos


Skuad bola sepak negara telah berlepas ke Phuket menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C130 pada pukul 11 pagi tadi di Lapangan Terbang TUDM Subang. Malaysia akan berdepan dengan Laos pada hari Sabtu ini. Malaysia mesti belasah Laos. Bila sudah belasah, barulah boleh berangan nak tewaskan Thailand pula nanti. Lawan Malaysia lawan. Biarpun Laos dilatih oleh jurulatih Rusia, Veleriy Dvovin tapi adat berlawan kena lawan juga.