Kalah je nak buang coach. Kalah je silap coach. Kalau menang coach tidak dapat nama, pengurusan yang dapat nama. Kalau naik ranking, coach tidak dapat nama. Kena ingat, siapa yang latih skuad B-23 itu jadi macam hari ini. Siapa kenal Amirul Hadi, Khyrell, Asaruddin Putra, Safee Sali, kembar Adha, siapa lagi kalau bukan Sathia. Bila kalah nak buang dia, ambil coach baru. Ingat coach baru boleh faham ke perwatakan player player Malaysia tuh. Dulu masa Malaysia tewaskan Thailand 3-2 dalam Pestabola Merdeka, ramai yang puji melangit masa Hairuddin, Akmal, Indra, Nizaruddin, Botak, Shukur Adan dan Zamani kalahkan Thailand. Siapa yang didik mereka kalau bukan Alan Haris? Kemudian kalah je, buang Alan Haris. Selesaikah masalah? Ingat tidak masa final Sukan SEA 2001, Malaysia kalah 0-1 dengan Thailand? Skuad yang sama lawan Thailand. Sekarang ni team Thailand yang menang dengan Malaysia 3-0 itu ada juga orang lama yang ditewaskan oleh Malaysia dulu. Apa masalah Malaysia nih? Bila kalah semua pemain tidak yang terbaik? Rasanya buang sahaja Jawatankausa Teknikal FAM nih..dah berkarat masih lagi orang yang sama. Merekalah yang salah, bukan coach.
No comments:
Post a Comment