Wednesday, November 26, 2008

Jangan Putus Asa, Ayuh Lawan Sesiapa Saja


Malaysia akan berada satu kumpulan dengan Thailand dalam Asian Football Federation (AFF) dari 5 Disember hingga 28 Disember 2008 nanti. Piala kali ini dikenali sebagai AFF Suzuki Cup 2008. Jika faktor tewas 1-4 kepada Myanmar baru baru ini dijadikan ukuran, skuad bimbingan B.Sathianathan ini tidak boleh diberi harapan yang tinggi untuk pergi jauh. Tambahan pula satu kumpulan dengan Thailand. Apa pun, Malaysia boleh membuat kejutan dan bertanding tanpa merasai sebarang tekanan. Kelebihan pasti akan berpihak kepada Malaysia. Kurangkan kesilapan pada bahagian benteng, pasti Malaysia boleh menang nanti. Dengan jersi baru, Malaysia boleh lawan siapa saja. Usah runsing dengan dakyah bahawa jersi Malaysia adalah ada logo salib. Ini semua adalah propaganda untuk melemahkan semangat rakyat bagi menyokong pasukan negara. Ayuh lawan.

No comments: