Monday, October 27, 2008

Titus dan Akmal Dipanggil Semula

Titus James Palani dan Akmal Rizal Rakhli. Dua nama ini menjadi sebutan semula B. Sathianathan bila jentera hadapan Malaysia tumpul semasa melawan Vietnam. Mungkin kalau dua orang ini ada jentera Malaysia akan dapat lebih banyak pilihan di bahagian depan.
Malam itu, Malaysia terlalu bergantung kepada wing untuk lambung bola dan heading bola di hadapan gol. Patutnya Malaysia main direct ball dan practise lebih banyak short pass untuk pecah kubu Vietnam. Kalau nak main long ball, pastikan player Malaysia boleh passing bola dengan accurate dan tahan bola dengan baik. Satu lagi pastikan player Malaysia aim dengan baik bila nak sepak bola. Bukan main sepak je bola tu. Ini antara kelemahan teknikal yang dapat dikesan pada malam final lepas. Ambil lah ikhtibar.


1 comment:

SangKunang said...

masa untuk titus buktikan pemergian dia ke perancis tidak sia2...
hope to see him with our black yellow jersey...

malaysia boleh !