
Tahniah Maradona. Lagi mengancam team Argentina bila Lionel Messi dilatih sendiri oleh Maradona. Jurulatih Paling Popular Tahun Ini. VIVA DIEGO.
Titus James Palani dan Akmal Rizal Rakhli. Dua nama ini menjadi sebutan semula B. Sathianathan bila jentera hadapan Malaysia tumpul semasa melawan Vietnam. Mungkin kalau dua orang ini ada jentera Malaysia akan dapat lebih banyak pilihan di bahagian depan.
Malam itu, Malaysia terlalu bergantung kepada wing untuk lambung bola dan heading bola di hadapan gol. Patutnya Malaysia main direct ball dan practise lebih banyak short pass untuk pecah kubu Vietnam. Kalau nak main long ball, pastikan player Malaysia boleh passing bola dengan accurate dan tahan bola dengan baik. Satu lagi pastikan player Malaysia aim dengan baik bila nak sepak bola. Bukan main sepak je bola tu. Ini antara kelemahan teknikal yang dapat dikesan pada malam final lepas. Ambil lah ikhtibar.
Malaysia sudah belasah Nepal, Sierre Leone dan Myanmar empat gol kosong. Afghanistan kena belasah lagi teruk, 6-0. Sudah 18 gol pasukan bolasepak Malaysia jaringkan gol tanpa balas. 4 kemenangan berturut turut hingga ke Final. Malam ini Malaysia lawan Vietnam untuk pertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka. Final dua kali berturut-turut. Sayang kalau orang tak ramai malam ni kat stadium. Marilah kita turun ramai-ramai sokong team bolasepak Malaysia. Daripada sokong Manchester United, Liverpool dan Chelsea dalam EPL, lebih baik kita sokong pasukan bolasepak negara kita sendiri. Good Luck Malaysia.


Bola sepak Malaysia sekarang berada di nombor 29 di kalangan negara negara Asia. Dulu Jepun kita belasah sekarang negara yang popular dengan Doraemon dan Detective Conan itu sudah berada di tangga pertama Asia. Mereka sama saiz dengan kita tetapi kenapa kita ketinggalan berbanding mereka. Sesuatu perlu dilakukan.
