Sunday, December 20, 2009

King Of Football: Rajagopal Is King

Dulu kau kena kecam, kena kutuk, kena hamun. Menang ja emas, semua puji kau hebat, kau wira dan kau laksana Raja di Malaya. Teruskan usaha kau Raja. Kau jangan kisah dengan mereka yang hanya sekadar menjadi penonton sahaja. Bukan senang nak menang kan?????

RajaGopal RajaBola


Malaysia menang bola bila dah jumpa Raja sebenar. Bila ada seorang Raja, seorang Guru, seorang Samy, dua orang anak Muslim, dan penjaga gol dijaga oleh Bini, maka akhirnya penantian 20 tahun dapat ditamatkan. Tahniah Rajagopal. Wa salute sama lu.

Fulham 3-0 Manchester United

Manchester United's pursuit of the Barclays Premier League title suffered a setback with this defeat.

Danny Murphy opened the scoring from 30-yards after capitalising on a mistake by Paul Scholes and Bobby Zamora continued his rich vein of form with the second a minute after the interval.

The former West Ham United marksman - a menace all afternoon - then helped complete the rout of the champions by setting up the third for Damien Duff.

Friday, December 18, 2009

Malaysia Win Gold Medal Football SEA GAMES.

Malaysia's under-23 footballers beat Vietnam 1-0 in the National Stadium on the outskirts of capital Vientiane, courtesy of an own goal in the 84th minute by Mai Xuan Hop. Malaysia coach K. Rajagopal said his team were worthy winners, particularly on the strength of their second-half showing, in which they could have had more goals.

"I think after the Thailand match my players showed what they have," he said. Malaysia put holders Thailand out in the group stage, ending their run of success which started in 1993.He said his team had shown "a lot of determination, a lot of spirit, a fighting attitude and I think we are a good footballing team."I think we deserve to be the champion of the SEA Games in 2009. I think we did beyond our expectations," he added.

Wednesday, December 16, 2009

Malaysia Jumpa Vietnam Di Final Bolasepak Sukan SEA

Malaysia giat berlatih menjelang pertemuan dengan Vietnam, Khamis ini. Siaran Langsung di TV. Pakai baju Malaysia Khamis ini.
PEMAIN negara, Abdul Manaf Mamat (tengah) cuba melepasi pemain Laos, Keoviengphet Liththideth pada aksi separuh akhir semalam.Jangan pandang belakang lagi. Kelecek mereka.

Malaysia sudah tumpaskan Thailand. Malaysia kena balas dendam dengan Vietnam.
Malaysia BOLEH......................

BADDROL (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 dalam saingan separuh akhir, malam tadi.

Temu Vietnam ketepikan Singapura

MALAYSIA kembali menjengah medan final selepas lapan tahun menanti apabila persembahan mantap kesebelasan negara melenyapkan tentangan Laos 3-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Utama, Kompleks Sukan Laos, malam tadi.

Baddrol Bakhtiar memuncakkan prestasi tepat pada masanya untuk menjaringkan dua gol ketika Safiq Rahim - perencana gerak yang diberi ruang bebas oleh jurulatih, K Rajagobal - menjamin kejayaan dengan gol pada lewat permainan.

Penampilan itu adalah kali pertama sejak temasya 2001 di gelanggang sendiri, serta turut menamatkan penantian 22 tahun untuk merasai nikmat pentas sama di tempat lawan selepas kali terakhir melakukannya pada 1987 di Jakarta.

Kini, ruang balas dendam menjelma dengan Vietnam, barisan yang menundukkan mereka 3-1 di peringkat kumpulan, menanti selaku penghalang terakhir kepada kilauan pingat emas pada Khamis ini. Vietnam menewaskan Singapura 4-1 dalam satu lagi separuh akhir.

Biarpun bingit dengan sorakan penyokong tuan rumah, skuad negara cepat menyesuaikan diri dan mula mengawal rentak aksi. Hasilnya ialah cubaan cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit kesembilan, hasil bola umpanan lolos Safiq yang memaksa penjaga gol lawan, Souvanpheng Phanthavong melayangkan diri buat menepis keluar.

Penantian gol negara dinoktahkan pada minit ke-13. Gerak pantas dari sayap kanan menyaksikan Abdul Manaf Mamat melintangkan bola yang cantik disambung dengan sepakan libas Baddrol Bakhtiar yang terus menerjah jaring gol lawan.

“Saya memang yakin mampu menjaringkan gol kali ini. Malah tekanan sorakan penonton tidak mengganggu kerana kami pernah merasai pengalaman sama ketika menentang Manchester United lalu. Saya langsung tidak teragak-agak apabila beroleh peluang ini.

"Kejayaan ini bukan hanya untuk kami sepasukan, tetapi juga untuk seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama menyokong perjuangan kami menerusi siaran langsung di tanahair. Kini kami mahu laksanakan misi tebus maruah apabila bertemu Vietnam nanti," katanya.

Selepas itu, Laos cuba mengatur gerak, tetapi segala ancaman mudah diserap barisan benteng diterajui Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Muslim Ahmad, Nasriq Baharom dan Mohd Sabre Mat Abu untuk kelebihan dikekalkan sehingga tamat babak pertama.

Kemenangan sepatutnya sudah dijamin dua minit selepas rehat, tetapi sayangnya rembatan deras Norshahrul hasil usaha Manaf dalam kawasan penalti, sekadar menyinggahi tiang kiri gol sebelum melantun keluar dari zon bahaya.

Padah memperlahankan rentak dirasai skuad negara apabila Laos mengikat kedudukan pada minit ke-73 menerusi rembatan deras lencong Kanlaya Sysomvang yang memperdaya Mohd Sharbinie Allawee untuk menerjah bahagian atas jaring gol.

Tetapi perwatakan mereka jelas kental dan enam minit kemudiannya, skuad negara kembali mendahului apabila cubaan jauh S Kunanlan terkena palang sebelum bola lantunan disudahkan Baddrol untuk gol kedua negara.

Safiq Rahim memastikan namanya dalam senarai penjaring dengan gol pada ke-85 yang sama sekali melenyapkan bingit sorakan penyokong lawan - seperti runtuhnya baki tentangan kesebelasan Laos.

K Gurusamy: Pengemudi Jentera Harimau Malaysia Lawan Vietnam Di Final Sukan SEA


K GURUSAMY CAN DO TACKLE, PASSING DAN CHALENGGING BALL IN AIR. HE IS A GOOD MIDFIELDER SINCE AZIZOL ABU HANIFFA LEAD MALAYSIA IN 1989. AFTER 20 YEARS, FINALLY MALAYSIAN FOOTBALL GOT REPLACEMENT FOR AZIZOL.

Mari Sokong Malaysia

Team Captain, Azizol Abu Haniffa.

31 August 1989... the last time Malaysia won the football GOLD was in Sea Games, Kuala Lumpur 1989.

31 August 1989... The Final between Malaysia & Singapore was held @ the Stadium Merdeka at 7.30 p.m, just before the Closing Ceremony, Sea Games KL89. A capacity crowd of over 40,000 spectators withnessed a thrilling match which ended with Malaysia winning the GOLD medal with a score 3 - 1. The closing part of the first half and the whole of the second half was played in heavy rain.

31 August 1989... Malaysia (GOLD) Singapore (Silver) Indonesia (Bronze)

This thursday...history will refresh again. Malaysia will meet Vietnam at Final. Every malaysian people shud watch and give strong support to our boys. We are with u Malaysia.
Love Malaysia

Tuesday, December 15, 2009

Badrol Bakhtiar. Hero Bolasepak Malaysia Menang Dengan Laos

Badrol Bakhtiar score dua gol kemenangan Malaysia dengan Laos. Malaysia telah buktikan kehebatan di hadapan 25,000 ribu orang penyokong tuan rumah. Malaysia tidak gentar.
Buktikan Badrol Bakhtiar. Kau hero Bolasepak Malaysia.

Zaquan Fly TO LAOS.

Malaysian Top Stricker, Mohd Zaquan Adha has return to Laos to strenghten Malaysian powerhouse againts Vietnam on Thursday. Zaquan who had been banned for 2 game have make Rajagopal's team more passionate to win gold for the first time since 1989. Malaysian side have been beaten by Vietnam 1-3 previously in group match. Anything is possible. Go for Gold Tiger.

Monday, December 14, 2009

Malaysia Tewaskan Thailand Separuh Akhir Bolasepak Sukan SEA Laos

Akhirnya Thailand tumbang di tangan Harimau Malaya. Harapan baru bolasepak Malaysia

Ahmad Fakri Shaarani Hancurkan Thailand Di Sukan SEA LAOS


HEBAT. BUKTIKAN KEMAMPUAN DI FINAL MELAWAN VIETNAM.