Wednesday, August 31, 2011

Manchester United "Young Star" Tom Cleverley


Saturday, August 27, 2011

Safiq set for Cardiff City trials

user posted image


Malaysian skipper to fly off after Malaysia Cup campaign

Malaysia’s talismanic captain Safiq Rahim will fly off for a trial stint with Cardiff City Football Club once the curtains come down on the Malaysia Cup, which kicks off next month.

Following fruitful talks between Cardiff City chairman, Malaysian-born Datuk Chan Tien Ghee, and Safiq today, it has been confirmed that the Selangor player will spend three weeks on trial with the Welsh outfit as soon as the Red Giants’ Malaysia Cup campaign was over.

The 24-year-old Safiq has been a pivotal figure in the Malaysian top flight league for several seasons now. His reputation has blossomed remarkably since earning his first senior cap in 2007. Last year, he skippered the national team to its maiden AFF Suzuki Cup triumph.

Safiq further rose to prominence following outstanding performances against English Premier League giants Arsenal Football Club and Liverpool Football Club last month. The second match saw the Manchester United fan curl in a sublime freekick in a spirited match which Malaysia eventually lost 6-3.

With him reaching the peak of his career, the invitation for trials with Cardiff City could not have come at a better time for the midfielder who is hell-bent on grabbing the rare opportunity with both hands.

“I am very excited. With an open heart, I will take this offer and give it my best and do Malaysia proud. It’s not every day an opportunity like this comes knocking on your door, especially for a Malaysian. So, I’m fully intent on seizing this chance and making the most of what will be offered to me,” said Safiq.

Meanwhile, Datuk Chan, who took over the championship side in May last year, said he was optimistic that the trials would be a stepping stone for Malaysia as the country continued seeking to relive its glory days.

“We are glad Safiq has accepted our offer for a trial with the first team at Cardiff and we hope that everything turns out well for the boy. He’s young and ambitious … most importantly, he has whatever it takes to make the cut.

“My office has issued the letter of invitation to him and we will make all the arrangements for him at Cardiff. This is a chance for Safiq to pioneer Malaysian football to levels never reached before “ added Dato Chan

Thursday, August 11, 2011

Akhirnya Rajagobal panggil Zamani


Norhafiz Zamani Misbah (kiri) mempamer persembahan baik ketika Pilihan Malaysia menentang Chelsea dalam aksi persahabatan, sehingga ramai yang meminta dia disenaraikan untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Melihatkan betapa rapuhnya bahagian pertahanan skuad negara yang mudah dirobek Singapura sehingga tersingkir pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Khamis lalu, barulah Datuk K. Rajagobal kembali memanggil semula tonggak berpengalaman, Norhafiz Zamani Misbah.

Bek tengah Negeri Sembilan berusia 30 tahun ini mendapat tempat di hati ketua jurulatih negara itu untuk latihan pusat menjelang dua perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Oman, antara 8 hingga 10 Ogos dan di satu lagi tempat yang akan ditentukan, antara 11 hingga 15 Ogos.

Penyenaraian semula Norhafiz Zamani yang mengemudi bahagian pertahanan Pilihan Malaysia menentang Chelsea, turut ada kaitannya dengan ‘kehilangan’ tiga tulang belakang Harimau Malaya, Fadhli Shas, Muslim Ahmad dan Mahalli Jasuli yang ke Slovakia bagi siri persahabatan persediaan ke pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012, bulan depan.

Selain itu, skuad negara terpaksa melupakan seketika khidmat seorang lagi tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Radzak yang dikeluarkan kerana kecederaan lama kakinya yang berulang pada minit ke-23 perlawanan yang menyaksikan kita diikat Singapura 1-1 di Stadium Nasional.

Siaran media Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam, menyebut seramai 25 pemain dinamakan ke kem latihan itu dengan pemain tengah Terengganu, Joseph Kallang Tie dan dua pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri serta Azmi Muslim merupakan antara tonggak lain yang berpengalaman antarabangsa.

Juga disenaraikan semula ialah ‘Harimau Berantai’ Malaya, Safee Sali yang menjaringkan tiga gol ke atas Singapura lalu selain penjaga gol, Farizal Marlias yang mempamerkan persembahan cemerlang ketika berdepan Chelsea, dengan kesemuanya dikehendaki melapor diri ke Wisma FAM, Kelana Jaya mulai 4 petang esok.

Biarpun sudah terkeluar daripada perebutan tiket ke Brazil 2014, dua perlawanan antarabangsa ini masih mampu mempengaruhi ranking ke-146 dunia Malaysia yang hanya dikemaskinikan sehari sebelum disekat Singapura 6-4 secara agregat dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia.

Wednesday, August 10, 2011

Harimau Malaya Kena Ada Pengarah Taktikal


Pasukan bola sepak Malaysia memerlukan sentuhan taktikal yang benar-benar meninggalkan kesan jika mahu pergi jauh dalam pertandingan antarabangsa termasuk Kejohanan Piala Dunia. - UTUSAN/Abdul Razak Latif


KUALA LUMPUR - Pandangan untuk mengadakan pengarah taktikal bagi membantu barisan kejurulatihan mendapat sambutan yang baik daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar).

Mengakui terbuka menerima idea yang dilontarkan oleh Utusan Malaysia sebelum ini, beliau mengakui ia sejajar dengan yang dicadangkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada ahli-ahli gabungannya dalam memantapkan pasukan secara total.

''Struktur yang diajukan oleh Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepada semua ahli-ahli gabungannya sentiasa memberi galakan agar ada melantik seorang pakar teknikal dan kejurulatihan.

''Jawatan ini pernah disandang seseorang sebelum ini kalau tidak salah saya, Lim Kim Chon tetapi ia telah kosong pada waktu ini.

''Bagi saya, cadangan ini (pengarah taktikal) merupakan satu perkara yang baik dan harus dikaji oleh FAM demi meningkatkan mutu bola sepak negara," katanya kepada Utusan Malaysia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, semalam.

Jelasnya, beliau akan membawa perkara itu ke peringkat mesyuarat exco FAM bagi tindakan selanjutnya bagi mencari jawapan kepada penyelesaian kepada aksi tidak konsisten skuad Harimau Malaya di peringkat antarabangsa.

''Saya bersedia membincangkan agenda ini ke pengetahuan exco-exco FAM yang lain dan kita akan tengok langkah susulan selepas itu.

''Buat masa ini, kita harus terbuka menerima cadangan sesiapa sahaja, jangan perlu ada 'sindrom menafikan' selepas kita terkeluar daripada persaingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 kepada Singapura.

''Kita kena tengok kembali segala kelemahan yang kita ada, kadang-kala bila kita menang, belum tentu kita yang terbaik dan tidak bermakna apabila kita sekali gagal, kita terlalu teruk dalam semua segi," katanya.

Selain itu, beliau berkata, memandangkan sudah tiada sebarang aksi kompetitif yang melibatkan pasukan kebangsaan sehingga Piala AFF 2012, beliau melihat satu usaha mengadakan perlawanan persahabatan berkelas A secara berterusan perlu diadakan.

''Rancangan perlawanan persahabatan dengan Oman itu adalah yang pertama, kita harap selepas ini lebih banyak perlawanan kita mampu aturkan.

''Saya harap selepas ini juga kita janganlah kerap berjumpa pasukan yang kita rasa mampu boleh 'makan' sahaja, bagi saya pendedahan sebegitu tidak mencukupi buat pasukan kebangsaan.

''Skuad kebangsaan kena sentiasa berkumpul selalu dan tidak semestinya hanya menunggu kejohanan besar mahu diadakan, baru mengadakan latihan bersama, situasi ini perlu dielakkan pada masa akan datang," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan eksklusifnya mencadangkan agar FAM memikirkan untuk mengadakan jawatan pengarah atau penasihat taktikal dalam menggandakan kemahiran pemain ekoran aksi tidak konsisten skuad negara.

Perlawanan menentang Singapura dalam kelayakan Piala Dunia 2014 sebelum ini mengundang banyak reaksi pelbagai termasuk mempersoalkan kematangan permainan skuad Harimau Malaya.

Malah, lontaran idea itu juga menarik perhatian beberapa ahli akademik tempatan yang menyatakan sokongan terhadap cadangan membawa masuk seorang pakar ke dalam barisan kejurulatihan untuk membantu ketua jurulatih, Datuk K. Rajagobal dalam aspek taktikal.

Tuesday, August 9, 2011

Juve sambar pemain Montenegro, Vucinic



Mirko Vucinic


MILAN - Juventus akhirnya berjaya mendapatkan penyerang baru apabila mengesahkan pemain dari Montenegro, Mirko Vucinic, akan menyertai mereka dari AS Roma dengan bayaran 15 juta Euro ($21.45 juta).

Juve, yang terlepas peluang mendapatkan Sergio Aguero yang menyertai Manchester City dari Atletico Madrid dan Giuseppe Rossi, kerana Villarreal mengambil keputusan tidak mahu menjualnya terpaksa bersaing dengan Tottenham bagi mendapatkan pemain berusia 27 tahun itu.

"Juventus akhirnya mencapai persetujuan dengan AS Roma mengenai pembelian Marko Vucinic, " kata kenyataan rasmi Juventus, sambil menambah yuran perpindahan mungkin akan dibayar dalam tempoh tiga tahun.

Vucinic telah bersama dengan AS Roma selama lima musim dan sebelum itu pernah beraksi di Lecce.

Dia merupakan pemain utama dalam Montenegro semenjak negara itu ditubuhkan pada tahun 2007 kerana berpisah dengan Serbia dan menjaringkan 11 gol dalam 22 penampilan.

Juventus sekadar menamatkan persaingan pada tangga ketujuh Serie A pada musim lalu dan terlepas peluang bermain pada kejohanan Eropah.

Semenjak menggantikan Luigi Del Neri selaku jurulatih, Antonio Conte telah berbelanja kira-kira 37 juta Euro untuk membeli empat pemain iaitu Alessandro Matri, Fabio Quagliarella, Simone Pepe dan Marco Motta bagi memperkuatkan pasukan. - Reuters

Wednesday, August 3, 2011

Sneijder akan bersama Old Trafford jika setuju tawaran gaji



Wesley Sneijder


LONDON - Wesley Sneijder akan menjadi pemain Manchester United minggu ini jika dia sanggup menerima tawaran kontrak yang disusun semula untuk dia berhijrah ke Liga Perdana Inggeris (EPL).

Inter Milan dikatakan telah menerima tawaran rasmi bernilai 30 juta pound (RM150 juta) secara prinsipnya daripada United pada hujung minggu lalu.

Ini bermakna Sneijder diberi kebenaran berunding dengan pegawai dari Old Trafford dan difahamkan rundingan tersebut bakal dijalankan dalam beberapa hari lagi.

Halangan utama pastinya terarah kepada permintaan gaji pemain itu memandangkan dia menikmati struktur cukai yang menyebelahinya di Itali.

Justeru, Sneijder agak keberatan untuk menerima gaji yang lebih rendah.

Gaji lumayan yang dinikmatinya di Serie A kini adalah bersamaan dengan 190,000 pound dalam Liga Perdana, satu jumlah yang jauh dari struktur pembayaran gaji di United.

Juara Liga Perdana itu bagaimanapun bersedia memuaskan hati Sneijder dengan menambah beberapa bayaran bonus serta menawarkan yuran menandatangani yang tinggi.

Sejumlah penambahbaikan ke atas gaji pokok yang menyamai kontraknya di Inter, malah pemain-pemain United juga meraih pendapatan menerusi hak imej, lebih efektif daripada lain-lain kelab Eropah, maka ia juga salah satu faktor yang dapat memujuk bekas bintang Ajax Amsterdam dan Real Madrid itu.

Kedua-dua kelab semalam enggan mengulas lanjut mengenai situasi terkini, dengan pegawai Inter sekadar mengesahkan ada bidaan datangnya dari England sementara bos United, Alex Ferguson berkata, Sneijder perlu mempertimbangkan tawaran kelabnya.

Ferguson telah mengadakan pertemuan dengan ketua eksekutif United, David Gill mengenai prospek menawarkan pakej gaji lebih lumayan untuk Sneijder yang tidak akan melanggar struktur gaji kelab tersebut dan keyakinan nampaknya timbul selepas berlangsungnya pertemuan itu.

United berharap pemain antarabangsa Belanda itu dapat menyertai latihan bersama skuad sebelum bermulanya musim baru Liga Perdana Sabtu depan. - Agensi

City tawar RM106j untuk Nasri





LONDON - Manchester City bersedia untuk membuat tawaran bernilai 22 juta pound (RM106 juta) bagi mendapatkan Samir Nasri dalam tempoh 48 jam akan datang.

Sumber rapat kelab Liga Perdana Inggeris itu berkata, City akan membuat satu tawaran yang 'diterima atau lupakan' untuk pemain tengah Perancis itu.

Akhbar Britain SunSport semalam melaporkan, kini terdapat kemungkinan besar boss Gunners, Arsene Wenger dan ahli lembaga kelab bersedia menerima hakikat mereka bakal kehilangan bintang yang menjadi rebutan itu.

Pegawai City memberitahu, mereka menerima petanda menggalakkan bahawa Arsenal akhirnya terpaksa akur untuk melepaskan Nasri, biarpun dengan berat hati dan bersedia menandatangani perjanjian.

Laporan mengatakan bahawa perjanjian mungkin akan ditandatangani seawal hujung minggu ini, bermakna Nasri tidak sempat untuk beraksi pada perlawanan Perisai Komuniti, Ahad ini yang menemukan City dan Manchester United, yang turut berminat untuk mendapatkan pemain berusia 24 tahun itu.

Arsenal kini berdepan pilihan sama ada menyambar tawaran lumayan untuk mendapatkan Nasri atau bakal kehilangan pemain Perancis itu secara percuma apabila kontraknya berakhir tahun depan. Ketika ini, Nasri nyata tidak gembira bersama Gunners.

Oktober lalu, Nasri menegaskan dia bersedia menandatangani kontrak untuk kekal di Emirates tetapi dengan mengemukakan syarat baru, iaitu gaji mingguan yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, memandangkan tiada sebarang perkembangan mengenai tuntutan yang dikemukakan kepada Arsenal, dia seperti bersedia menyertai City dengan gaji 125,000 pound (RM603,400) seminggu, 10,000 pound (RM48,000) lebih banyak daripada yang ditawarkan Arsenal atau United. - Agensi