Wednesday, May 27, 2009

Manchester Or Barcelona???

Classic Finale at Rome. Gladiator vs Matador.

Sunday, May 17, 2009

Perlis Terus Kuasai Liga Super

Perlis menumpaskan Kelantan 2-0 di Stadium Utama Kangar malam tadi. Perlis terus menguasai Liga Super dan membuktikan sebagai pasukan yang layak menjuarai liga sebagai mana MU menang Liga Perdana English malam ini.

Tevez Patut Dijual

Sukan Bola mencadangkan kepada Alex Ferguson agar menjual ja Tevez. MU should buy another stiker to boost up MU attack. Ferguson should look for a tall player like Van Nisterooy. Tevez and Rooney not a good partner. Retain Berbatov and MU should not allowed Ronaldo go to Real Madrid. Ronaldo is MU asset while Tevez is MU liability. Want to comment share something about Tevez?

MU Juara Liga


MANCHESTER 16 Mei - Manchester United berjaya menjulang kejuaraan Liga Perdana England (EPL) buat kali ketiga berturut-turut selepas terikat 0-0 dengan Arsenal di Old Trafford, malam ini.

United memerlukan hanya satu mata untuk menjulang kejuaraan dan keputusan itu meletakkan kelab itu tidak lagi mampu dipintas oleh pasukan di tangga kedua Liverpool, yang ketinggalan tujuh mata dan masih mempunyai baki dua perlawanan.

Ini bermakna United kini menjulang 11 kejuaraan EPL dalam tempoh 17 musim di bawah pengurus Alex Ferguson dan menyamai rekod Liverpool yang 18 kali muncul juara liga.

Ferguson telah memenangi 25 trofi kejohanan utama sejak tiba di kelab itu pada 1986 dan berharap dapat menambah kepada 26 trofi apabila United berdepan Barcelona pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Rom pada 27 Mei ini. - AP

Monday, May 4, 2009

Barcelona belasah Real 6-2

Dua jaringan masing- masing oleh Thierry Henry dan Lionel Messi membantu Barcelona menundukkan Real Madrid 6-2 dalam pertembungan El Clasico Liga Sepanyol yang sangat dinantikan di Bernabeu, kelmarin.

Kejayaan cemerlang membenam Real memberi peluang cerah kepada Barcelona untuk memburu gelaran pertama dalam tempoh tiga tahun.Kemenangan itu sekali gus mengukuhkan kedudukan kelab itu mengatasi Real di tangga kedua dengan tujuh mata, ketika aksi musim ini hanya berbaki empat perlawanan.

Kekalahan pada pertemuan kelmarin mengakhiri kekebalan Real iaitu tidak pernah kalah dalam 18 perlawanan bagi persaingan liga tempatan.Real mencatat 17 kemenangan dan satu seri, sejak kelab itu tewas 0-2 di Barcelona pada Disember lalu.Kelab gergasi Sepanyol, Real bermula goyah apabila pemain pertahanannya, Sergio Ramos melakukan hantaran kepada pemain berbisa Barcelona, Messi yang ketika itu berada dalam posisi berbahaya minit pertama perlawanan.

Pemain antarabangsa Argentina itu melakukan hantaran silang kepada pemain tengah Barcelona, Xavi tetapi pemain tengah Sepanyol itu melakukan percubaan lemah dan bola mudah ditangkap kemas oleh penjaga gol Real, Iker Casillas.Ramos kemudiannya menebus kesalahan yang dilakukan olehnya sebelum itu apabila memintas bola yang dibawa oleh Eric Abidal dan melakukan hantaran silang tepat kepada Gonzalo Higuain.

Higuain yang berada di posisi terbaik tidak melepaskan peluang menyumbat gol pertama Real dan menewaskan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes pada minit ke-14.Gol pendahuluan itu tidak kekal lama. Empat minit selepas itu, Henry dengan tenang menyumbat masuk gol penyamaan dan ketua pasukan, Carles Puyol menjadikan kedudukan 2-1 apabila menanduk masuk sepakan percuma Xavi.

Messi dan Samuel Eto'o masing-masing begitu hampir mengukuhkan kedudukan pasukan pelawat, sebelum Xavi mencuri bola daripada Lassana Diarra di bahagian tengah padang.
Tindakan Xavi tersebut telah menyebabkan bola hilang kawalan daripada Diarra dan Messi berlari mendapatkan bola bagi menjaringkan gol ketiga pada minit ke-36. Real bagaimanapun berjaya bangkit daripada aksi ketinggalan tersebut apabila Ramos menanduk masuk gol kedua Real, setelah dia mendapat hantaran cantik daripada Arjen Robben menerusi sepakan percuma pada minit ke-56.

Gol tersebut memberi sedikit harapan kepada penyokong tuan rumah. Bagaimanapun, gol tersebut tidak melemahkan hasrat Barcelona untuk berpesta gol.Ia dibuktikan apabila tiga lagi jaringan berjaya dihasilkan oleh Barcelona menerusi percubaan Henry, Messi dan Gerard Pique, selepas jaringan kedua diperoleh Real. - Reuters