Saturday, April 18, 2009

Pemain Bolasepak Terbaik Di Dunia


1991    Lothar MATTHÄUS (Internazionale - Germany)
1992 Marco VAN BASTEN (Milan AC - Netherlands)
1993 Roberto BAGGIO (Juventus - Italy)

1994 ROMÁRIO (FC Barcelona - Brazil)
1995 George WEAH (Milan AC - Liberia)
1996 RONALDO (PSV Eindhoven & FC Barcelona - Brazil)
1997 RONALDO (FC Barcelona & Inter Milan - Brazil)
1998 Zinedine ZIDANE (Juventus - France)
1999 RIVALDO (FC Barcelona - Brazil)
2000 Zinedine ZIDANE (Juventus - France)
2001 Luis FIGO (Real Madrid - Portugal)
2002 RONALDO (Inter & Real Madrid - Brazil)
2003 Zinedine ZIDANE (Real Madrid - France)
2004 RONALDINHO (FC Barcelona – Brazil)
2005 RONALDINHO (FC Barcelona – Brazil)
2006 CANNAVARO (Juventus & Real Madrid – Italy)
2007 KAKÁ (Milan AC – Brazil)
2008 C.RONALDO (Manchester United – Portugal)

Malam Ini Gergasi Kena Baham Dengan Singa Utara

Tak payah berlagak lah kau Safee Sali..malam ni Singa akan baham Gergasi Merah di Shah Alam. Kau boleh balik main dengan Sarawak balik la lepas ni. Hati hati gergasi, malam ini Nizaruddin Yusuf akan mencetak gol di Shah Alam. Siaplah kau Safee malam ni, Singa akan makan korang.

Kamaruddin Maidin, Bekas Atlet Olimpik Negara Koma


Kamaruddin Maidin, 66, anak Terengganu pertama yang mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Rome 1960, kini terlantar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini akibat penyakit paru-paru.

Isterinya Rajemah Sheikh Ahmad, juga bekas atlet dan pemenang pingat gangsa Sukan Asia 1966, berkata Kamaruddin dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi pada pagi Jumaat lepas dan keadaannya pada ketika itu sudah pun tenat.

“Sekarang dia macam koma... doktor nasihatkan anak-anak supaya sentiasa berada di sisi,” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Pengerusi Yayasan Kebangsaan Atlet Negara Datuk Mumtaz Jaafar di HSNZ di sini hari ini. Sukan bola mengajak sahabat-sahabat semua mendoakan agar beliau kembali pulih seperti sedia kala.

Friday, April 17, 2009

Kedudukan Liga Super 2009

Siapalah yang akan menang tahun ini??. Dulu Kedah kuat bila ada pemain import, sekarang ini tidak berapa kuat sangat. Pahang pula semakin merosot di kedudukan bawah liga, apakah selepas ini pemain import akan dibenarkan kembali dalam liga??

Azraai Khor Jurulatih Malaysia???


ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mungkin boleh memikirkan nama lain bagi calon jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kerana majikan ketua jurulatih skuad Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah semalam mengakui keberatan untuk melepaskannya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya berat hati untuk melepaskan Mohd. Azraai selepas ketua jurulatih skuad bola sepak Sang Kenari itu telah lama menabur bakti termasuk membawa skuad Hijau Kuning muncul juara treble berganda.

Bagaimanapun, katanya, KFA sedia mengadakan perbincangan jika FAM benar-benar ingin melamar Mohd. Azraai yang kontraknya akan berakhir dengan persatuan itu pada hujung tahun ini.

"Memanglah (berat hati).... dia sudah lama duduk sini (melatih pasukan Kedah)."Kita 'bela' sampai hebat orang nak ambil mana boleh, tunggu dulu tengok," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini semalam. Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kedah ditanya sama ada KFA sedia melepaskan Mohd. Azraai jika FAM melamarnya sebagai jurulatih skuad bola sepak negara yang baru.

Utusan Malaysia melalui laporan Bernama kelmarin menyiarkan bahawa Mohd. Azraai mungkin merupakan calon tunggal FAM bagi mengisi jawatan tersebut.Ini kerana dua lagi nama jurulatih yang disebut-sebut iaitu K. Devan (Selangor) dan Dollah Salleh (Shahzan Muda) untuk mengisi jawatan itu belum menerima tawaran secara rasmi atau tidak daripada FAM.

Mohd. Azraai pula dilaporkan telah menerima panggilan daripada FAM berhubung perkara itu dan bersedia untuk menggalas tanggungjawab selaku jurulatih kebangsaan. Beliau bagaimanapun tidak memberikan sebarang keputusan kerana masih mempunyai kontrak dengan KFA. Dalam pada itu, Azizan memberitahu, sehingga kini FAM masih belum menghubungi KFA berhubung perkara berkenaan.

Kasut Bola Yang Dipakai Cristiano Ronaldo, Pato dan Robinho


Memang mantap....sepak bola rasa macam sepak kertas ja...terbang macam shaolin soccer..
It's speed with support! The latest evolution of the Vapor, the V has revolutionary Flywrie imbedded in the Teijin synthetic upper. Flywire is incredibly high-strength threads that put support in the instep of the shoe, where your foot needs the most support. This new Vapor also has an extra stud on the outsole for added traction. Players like C. Ronaldo, Pato and Robinho - players who have revolutionized the game - helped create this latest Vapor.

UPPER: Soft, supple Teijin microfiber adjusts to the shape of your foot. A contoured speed last mirrors the foot shape. Covered lacing increases ball contact area. Flywire technology in the arch areas provides great support without adding weight. Inner chassis creates instant acceleration. Contoured sockliner with EVA inserts. OUTSOLE: Direct-injected heel studs for weight reduction. For use on firm, natural surfaces. WEIGHT: (8.4 oz.) Imported.

Tuesday, April 14, 2009

Malam Ini The Reds Akan Mengamuk Belasah Chelsea


LONDON: Jika Liverpool mahu mencari inspirasi apabila berdepan tugas sukar untuk pertemuan dengan Chelsea dalam saingan Liga Juara-Juara esok (awal pagi Rabu waktu Malaysia), mereka hanya perlu mencontohi Bolton Wanderes.

Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya tiga gol di Stamford Bridge, untuk mengatasi Chelsea di perlawanan kedua suku akhir selepas tewas 3-1 kepada pasukan bimbingan Guus Hiddink itu minggu lalu.


Bolton menjaringkan tiga gol dalam masa lapan minit di Chelsea kelmarin, selepas mendapatkan gol pertama mereka sesudah ketinggalan 4-0 dan Chelsea sudah mengeluarkan Frank Lampard dan Didier Drogba apabila perlawanan kelihatan sudah dimenangi mereka.

Walaupun Chelsea bertahan untuk menewaskan Bolton 4-3 dan mengekalkan tekanan ke atas Liverpool dan pendahulu, Manchester United di Liga Perdana, Bolton sudah membuktikan pertahanan Chelsea bukan tidak boleh ditembusi.

"Saya sedikit risau kami melepaskan tiga gol tetapi setiap perlawanan berbeza, namun biar ia menjadi pengajaran, " kata jurulatih sementara Chelsea, Hiddink.

Walaupun tanpa kapten pasukan, John Terry yang menjalani penggantungan, mereka tetap mempunyai pemain gantian yang berkemampuan seperti yang dibuktikan pemain pertahanan Serbia, Branislav Ivanovic yang jarang diturunkan dan menjaringkan dua gol di Anfield.

Ricardo Carvalho yang kembali dalam kesebelasan utama pasukan selepas tidak beraksi tiga perlawanan, dijangka mengisi kekosongan Terry.

Liverpool pasti berharap untuk mengelak kekalahan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge apabila mereka tewas di separuh akhir musim lalu.

Bagaimanapun, mereka sudah menang di sana musim ini dengan kemenangan 1-0 Oktober lalu yang menamatkan rekod tanpa kalah 86 perlawanan Chelsea di tempat sendiri dalam Liga Perdana.

Sejak itu, Chelsea sudah menggantikan jurulatih, Luiz Felipe Scolari dengan Hiddink dan nasib mereka berubah di bawahnya dengan sembilan kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan. Malam ini Liverpool akan belasah Chelsea. Menangislah penyokong Chelsea malam nih..hahahha

Saturday, April 11, 2009

Penyokong Kelantan Merusuh...Merosak Imej PAS Kelantan


Membakar kereta, memecahkan cermin, merusuh - itulah antara aksi yang dapat disaksikan pada perlawanan Piala FA di sini malam tadi hanya disebabkan pasukan negeri mereka kalah lagi.

Seolah-olah Kelantan dalam keadaan darurat, penyokong Kelantan 'menggila' dengan mencetuskan rusuhan hanya disebabkan skuad Wira Merah sekali lagi tewas kepada Negeri Sembilan 0-1 di Stadium Sultan Mohammed ke-IV dalam perlawanan panas separuh akhir pertama piala FA yang sarat dengan kekasaran malam tadi.

Kali ini sejurus selepas perlawanan yang dikawal ketat, pihak polis pula menjadi sasaran mereka di luar stadium apabila kenderaan pihak berkuasa terbabit diterbalikkan dan dibakar!

Bukan hanya kenderaan polis, kereta milik Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa tidak terkecuali dirosakkan manakala 10 kereta turut menerima nasib yang sama.

Tidak cukup dengan itu, cermin pintu masuk stadium turut dirosakkan dibaling dengan batu.Pihak polis yang berusaha mengawal keadaan di tengah hiruk-pikuk penyokong Kelantan akhirnya terpaksa melepaskan gas pemedih mata kira-kira pukul 12 malam tadi selepas perusuh enggan bersurai.

Annuar Musa bersama para pegawai, pemain skuad negeri dan Negeri Sembilan terpaksa berkurang dalam kawasan stadium sehingga lewat tengah malam.

Difahamkan hampir 300 orang anggota polis termasuk Unit Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan bagi mengawal perlawanan itu. Setakat ini difahamkan tiada tangkapan dibuat.

Dalam perlawanan itu, Negeri Sembilan membuktikan mereka sebenarnya pasukan yang lebih baik berbanding Kelantan dengan menewaskan pasukan tuah rumah 1-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA malam tadi.

Gol tunggal jaringan Mohd. Zaquan Adha Radzak di minit ketujuh separuh masa pertama berjaya menumpaskan Halim Napi untuk memberi kemenangan kepada pasukan pelawat.

Ini merupakan kemenangan kedua dalam tempoh seminggu bagi pasukan pelawat itu setelah sebelum ini memalukan Kelantan dengan meleburkan rekod tanpa kalahnya di gelanggang sendiri dalam perlawanan Liga Super Selasa lalu.

Negeri Sembilan yang ditunjangi pemain berpengalaman seperti Shukor Adan, Rizal Zamri Yahya, Idris Karim menyesakkan nafas Kelantan

Monday, April 6, 2009

Manchester Mahu Beli Edin Dzeko, Jual Saja Lah Tevez


Aku tengok tadi Tevez main teruk betul...macam pondan..dah lah pendek..nasib baik ada Ronaldo kalau tak sayur MU tadi. Aku cadang MU beli ja Edin Dzeko nihh...mantap sikit


Manchester United are reportedly in pole position to sign Franck Ribery from Bayern Munich in the summer. The France wing wizard would provide the X-factor at Old Trafford should Real Madrid finally be successful in their bid to tempt Cristiano Ronaldo to the Bernabeu.

And boss Sir Alex Ferguson is also said to be keen on Wolfsburg striker Edin Dzeko, should Carlos Tevez leave at the end of the season.

Ribery is also a target for Barcelona, but United are favourites to sign 25-year-old, according to the News of the World. Bayern slapped a prohibitive £140million price-tag on the Euro 2008 star in January when Manchester City were among the teams linked with a move for him.

But noises from within the Allianz Arena have indicated Bayern are ready to do business in the summer.Sportsmail revealed on Saturday that Madrid are confident they will land Ronaldo with a £75m world-record bid at the end of the season. Ribery tends to play on the left wing but shares similar attributes to the Portugal star.

The Daily Star Sunday reports than United are also lining up a £12m move for Bosnia international Dzeko. The 23-year-old is seen as the perfect replacement for Tevez, who has still not signed a permanent deal at Old Trafford. His two-year loan deal expires at the end of the season and United are reluctant to pay the £32m asking price for the Argentina hot shot.

Dzeko is the top European scorer in the World Cup qualifying campaign with seven goals. He scored three times in Bosnia’s recent two matches against Belgium and in all has scored 12 goals in 17 matches for his country.

His form has also attracted interest from Arsenal, Portsmouth, Blackburn and Sunderland in the Barclays Premier League, plus Alex McLeish’s promotion-chasing Birmingham.

Manchester United Menang 3-2 Dengan Aston Villa

Federico Macheda menjaringkan gol pada minit ke-3 masa tambahan untuk menjadi wira Manchester United malam ini. Ronaldo menjaringkan gol awal MU pada minit 14 dan 80. Aston Villa mendapat gol awal menerusi John Carew dan Gabriel Agbonlahor. Kemenangan MU ini memberikan kelebihan kepada MU untuk menyaingi Liverpool bagi merebut takhta Liga Perdana Inggeris.

Wednesday, April 1, 2009

Perlis Dahului Liga M


KUALA LUMPUR - Buat pertama kali musim ini, Perlis berjaya menghuni takhta Liga Super dengan merampasnya dari Selangor selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Kuala Muda Naza di Stadium Darul Aman, Alor Setar, semalam.

Gol tunggal dan kemenangan Perlis itu dijaringkan Nizaruddin Yusof pada minit ke-22 untuk mengumpul 22 mata hasil tujuh kemenangan daripada 10 perlawanan yang telah dilalui setakat ini.

Kejayaan Perlis yang sebelum ini menduduki tangga ketiga liga turut dibantu kekalahan mengejut dua pasukan teratas iaitu Selangor dan Kelantan kepada lawan masing-masing.

Selangor tewas 1-2 kepada tuan rumah, Terengganu pada perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dua gol dalam masa tiga minit menerusi Ismail Faruqi Ashaari (m-35) dan Azlan Ismail (m-38) sudah cukup untuk menyingkirkan Selangor ke tangga kedua liga walaupun pasukan pelawat merapatkan kedudukan menerusi D. Surendran (m-84).

Kelantan juga tewas dengan jaringan yang sama kepada Negeri Sembilan pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhd. Ke-IV, Kota Bharu.

Namun Negeri Sembilan kekal di tangga keempat liga dengan 20 mata, kurang dua mata berbanding Perlis dan satu mata ketinggalan kepada Selangor dan Kelantan.

Gol-gol Negeri Sembilan dijaringkan Shahrulain Abu Samah (m-41) dan Zaquan Adha Razak (m-62) sebelum Kelantan sekadar mampu merapatkan kedudukan menerusi Indra Putra Mahyuddin (m-79).

Tiga lagi pasukan tuan rumah turut tewas iaitu Pahang, Pulau Pinang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).