Wednesday, November 26, 2008

Jangan Putus Asa, Ayuh Lawan Sesiapa Saja


Malaysia akan berada satu kumpulan dengan Thailand dalam Asian Football Federation (AFF) dari 5 Disember hingga 28 Disember 2008 nanti. Piala kali ini dikenali sebagai AFF Suzuki Cup 2008. Jika faktor tewas 1-4 kepada Myanmar baru baru ini dijadikan ukuran, skuad bimbingan B.Sathianathan ini tidak boleh diberi harapan yang tinggi untuk pergi jauh. Tambahan pula satu kumpulan dengan Thailand. Apa pun, Malaysia boleh membuat kejutan dan bertanding tanpa merasai sebarang tekanan. Kelebihan pasti akan berpihak kepada Malaysia. Kurangkan kesilapan pada bahagian benteng, pasti Malaysia boleh menang nanti. Dengan jersi baru, Malaysia boleh lawan siapa saja. Usah runsing dengan dakyah bahawa jersi Malaysia adalah ada logo salib. Ini semua adalah propaganda untuk melemahkan semangat rakyat bagi menyokong pasukan negara. Ayuh lawan.

Friday, November 14, 2008

Malaysia Naik ke Tangga 151 Dunia


Ranking bolasepak Malaysia telah naik 9 anak tangga ke tangga 151 berbanding tangga 162 pada bulan Ogos. Pada bulan Julai ranking Malaysia berada pada tangga 166 dunia. Paling baik kedudukan ranking Malaysia ialah pada tangga 75 dunia iaitu pada bulan Ogos 1993. Lepas kejohanan AFF nanti, moga moga ranking Malaysia terus naik lagi.

Thursday, November 13, 2008

Malaysia Balas Dendam Ke Atas Vietnam

Skuad bola sepak Malaysia membuka kempen Kumpulan B Piala Cabaran Grand Royal Ketiga di Myanmar dengan membalas dendam terhadap skuad bawah 22 tahun Vietnam yang menghampakan mereka ketika Pestabola Merdeka, apabila menang 3-0, semalam. Perlawanan di Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon itu menyaksikan gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin, Amirulhadi Zainal dan Hardi Jaafar pada minit ke-26, 40 dan 55. Malaysia dah bayar hutang kalah penalti masa pestabola Malaysia lepas. Jangan hangat hangat taik ayam sudah la.

Wednesday, November 5, 2008

Khalid Jamlus Gegar Kelantan




Kelantan akan jadi kuasa baru dalam bolasepak Malaysia. Mungkin hebat masa zaman Hashim Musthapa dulu. Dengan ada Khalid Jamlus, Indra Putra dan Daudsu Jamaluddin, team Kelantan akan menjadi bertambah kuat lagi. Sukan Bola ramal Khalid dan Indra akan ledak banyak gol tahun depan.