Monday, December 29, 2008

Rita & Aidil, Semoga Bahagia


Sukan Bola mendoakan Rita & Aidil Bahagia ke anak cucu. Moga dengan pernikahan ini akan menguatkan lagi Aidil bagi memperkemaskan barisan pertahanan skuad bolasepak negara. Vietnam yang mengalahkan Malaysia boleh menang AFF Cup. Malaysia pun boleh menang suatu hari nanti. Aidil boleh merealisasikan impian itu.

Saturday, December 13, 2008

Jangan Buang Sathia, Buang Jawatankuasa Teknikal

Kalah je nak buang coach. Kalah je silap coach. Kalau menang coach tidak dapat nama, pengurusan yang dapat nama. Kalau naik ranking, coach tidak dapat nama. Kena ingat, siapa yang latih skuad B-23 itu jadi macam hari ini. Siapa kenal Amirul Hadi, Khyrell, Asaruddin Putra, Safee Sali, kembar Adha, siapa lagi kalau bukan Sathia. Bila kalah nak buang dia, ambil coach baru. Ingat coach baru boleh faham ke perwatakan player player Malaysia tuh. Dulu masa Malaysia tewaskan Thailand 3-2 dalam Pestabola Merdeka, ramai yang puji melangit masa Hairuddin, Akmal, Indra, Nizaruddin, Botak, Shukur Adan dan Zamani kalahkan Thailand. Siapa yang didik mereka kalau bukan Alan Haris? Kemudian kalah je, buang Alan Haris. Selesaikah masalah? Ingat tidak masa final Sukan SEA 2001, Malaysia kalah 0-1 dengan Thailand? Skuad yang sama lawan Thailand. Sekarang ni team Thailand yang menang dengan Malaysia 3-0 itu ada juga orang lama yang ditewaskan oleh Malaysia dulu. Apa masalah Malaysia nih? Bila kalah semua pemain tidak yang terbaik? Rasanya buang sahaja Jawatankausa Teknikal FAM nih..dah berkarat masih lagi orang yang sama. Merekalah yang salah, bukan coach.

Wednesday, December 10, 2008

Malaysia Kalah 0-3 Dengan Thailand


Selepas menang 3-0 dengan Laos. Kemudian Malaysia kalah 2-3 dengan Vietnam. Sebentar tadi, Malaysia kalah lagi 0-3 dengan Thailand di Phuket. Seterusnya terkeluar terus dari saingan Piala Suzuki AFF 2008. Semasa kalah dengan Vietnam, Helmi Eliza Elias dipersalahkan, sebentar tadi masa lawan Thailand tiga gol mudah dilepaskan oleh Syed Adney. Di mana silapnya bolasepak Malaysia. Apakah akan selesai masalah kalau pecat B.Sathianathan? Jika datang jurulatih baru, tetapi kualiti permainan masih sama, maka bolasepak Malaysia tidak akan ke mana-mana. 30 tahun lagi pun, Malaysia akan tetap kalah macam itu juga.

Thursday, December 4, 2008

Malaysia Kena Belasah Laos


Skuad bola sepak negara telah berlepas ke Phuket menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Hercules C130 pada pukul 11 pagi tadi di Lapangan Terbang TUDM Subang. Malaysia akan berdepan dengan Laos pada hari Sabtu ini. Malaysia mesti belasah Laos. Bila sudah belasah, barulah boleh berangan nak tewaskan Thailand pula nanti. Lawan Malaysia lawan. Biarpun Laos dilatih oleh jurulatih Rusia, Veleriy Dvovin tapi adat berlawan kena lawan juga.

Wednesday, November 26, 2008

Jangan Putus Asa, Ayuh Lawan Sesiapa Saja


Malaysia akan berada satu kumpulan dengan Thailand dalam Asian Football Federation (AFF) dari 5 Disember hingga 28 Disember 2008 nanti. Piala kali ini dikenali sebagai AFF Suzuki Cup 2008. Jika faktor tewas 1-4 kepada Myanmar baru baru ini dijadikan ukuran, skuad bimbingan B.Sathianathan ini tidak boleh diberi harapan yang tinggi untuk pergi jauh. Tambahan pula satu kumpulan dengan Thailand. Apa pun, Malaysia boleh membuat kejutan dan bertanding tanpa merasai sebarang tekanan. Kelebihan pasti akan berpihak kepada Malaysia. Kurangkan kesilapan pada bahagian benteng, pasti Malaysia boleh menang nanti. Dengan jersi baru, Malaysia boleh lawan siapa saja. Usah runsing dengan dakyah bahawa jersi Malaysia adalah ada logo salib. Ini semua adalah propaganda untuk melemahkan semangat rakyat bagi menyokong pasukan negara. Ayuh lawan.

Friday, November 14, 2008

Malaysia Naik ke Tangga 151 Dunia


Ranking bolasepak Malaysia telah naik 9 anak tangga ke tangga 151 berbanding tangga 162 pada bulan Ogos. Pada bulan Julai ranking Malaysia berada pada tangga 166 dunia. Paling baik kedudukan ranking Malaysia ialah pada tangga 75 dunia iaitu pada bulan Ogos 1993. Lepas kejohanan AFF nanti, moga moga ranking Malaysia terus naik lagi.

Thursday, November 13, 2008

Malaysia Balas Dendam Ke Atas Vietnam

Skuad bola sepak Malaysia membuka kempen Kumpulan B Piala Cabaran Grand Royal Ketiga di Myanmar dengan membalas dendam terhadap skuad bawah 22 tahun Vietnam yang menghampakan mereka ketika Pestabola Merdeka, apabila menang 3-0, semalam. Perlawanan di Pusat Latihan Belia Thuwunna, Yangon itu menyaksikan gol-gol Malaysia dijaringkan oleh Indra Putra Mahayuddin, Amirulhadi Zainal dan Hardi Jaafar pada minit ke-26, 40 dan 55. Malaysia dah bayar hutang kalah penalti masa pestabola Malaysia lepas. Jangan hangat hangat taik ayam sudah la.

Wednesday, November 5, 2008

Khalid Jamlus Gegar Kelantan




Kelantan akan jadi kuasa baru dalam bolasepak Malaysia. Mungkin hebat masa zaman Hashim Musthapa dulu. Dengan ada Khalid Jamlus, Indra Putra dan Daudsu Jamaluddin, team Kelantan akan menjadi bertambah kuat lagi. Sukan Bola ramal Khalid dan Indra akan ledak banyak gol tahun depan.

Wednesday, October 29, 2008

Maradona Jurulatih Baru Argentina


Tahniah Maradona. Lagi mengancam team Argentina bila Lionel Messi dilatih sendiri oleh Maradona. Jurulatih Paling Popular Tahun Ini. VIVA DIEGO.

Monday, October 27, 2008

Titus dan Akmal Dipanggil Semula

Titus James Palani dan Akmal Rizal Rakhli. Dua nama ini menjadi sebutan semula B. Sathianathan bila jentera hadapan Malaysia tumpul semasa melawan Vietnam. Mungkin kalau dua orang ini ada jentera Malaysia akan dapat lebih banyak pilihan di bahagian depan.
Malam itu, Malaysia terlalu bergantung kepada wing untuk lambung bola dan heading bola di hadapan gol. Patutnya Malaysia main direct ball dan practise lebih banyak short pass untuk pecah kubu Vietnam. Kalau nak main long ball, pastikan player Malaysia boleh passing bola dengan accurate dan tahan bola dengan baik. Satu lagi pastikan player Malaysia aim dengan baik bila nak sepak bola. Bukan main sepak je bola tu. Ini antara kelemahan teknikal yang dapat dikesan pada malam final lepas. Ambil lah ikhtibar.


Sunday, October 26, 2008

Tewas Penalti Kepada Vietnam


Malam tadi, Malaysia bermain secara terbuka. Vietnam pula mudah saja main untuk buang masa bagi dapatkan penalti. Sentuh sikit saja sudah jatuh jatuh dan pura pura cedera. Taktik buang masa Vietnam menjadi. Melawan pasukan yang asyik berkubu selama 120 minit permainan inilah padahnya. Silapnya Malaysia lambat bawak masuk Khyrel Muhaymeen dan keluarkan Hardi Jaafar terlalu awal sangat. Apa pun tahniah untuk Malaysia. Sekurang kurangnya kalah secara bermaruah. Jangan salah Zamani Misbah yang sepak gol penalti tak masuk.

Saturday, October 25, 2008

Mari Penuhkan Stadium Sokong Malaysia

Malaysia sudah belasah Nepal, Sierre Leone dan Myanmar empat gol kosong. Afghanistan kena belasah lagi teruk, 6-0. Sudah 18 gol pasukan bolasepak Malaysia jaringkan gol tanpa balas. 4 kemenangan berturut turut hingga ke Final. Malam ini Malaysia lawan Vietnam untuk pertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka. Final dua kali berturut-turut. Sayang kalau orang tak ramai malam ni kat stadium. Marilah kita turun ramai-ramai sokong team bolasepak Malaysia. Daripada sokong Manchester United, Liverpool dan Chelsea dalam EPL, lebih baik kita sokong pasukan bolasepak negara kita sendiri. Good Luck Malaysia.

Monday, October 20, 2008

Malaysia Belasah Afganistan 6-0


Zaquan Adha jaringkan dua gol. Bravo bro. Enam kali Afghanistan dibedil oleh Malaysia. Syabas Malaysia. Sayap kiri Ashaari Shamsuddin menyumbangkan dua gol pada minit ke-22 dan 64 manakala Nizaruddin Yusof dan Zaquan Adha Razak menambah dua lagi pada minit ke-42 dan 45 sebelum dilengkapkan oleh Safee Sali dan Hairuddin Omar (84 dan 87) dalam pesta gol itu.

Afganisthan Pula Bakal Dibelasah 4-0


Botak akan jadi Kapten malam ni. Cayalah...Malaysia sudah pun belasah Nepal dan Siere Leone, 4-0. Kali ini giliran Afghanistan pula kena belasah 4-0 nanti. Go go Malaysia, teruskan perjuangan untuk menaikkan kembali ranking bolasepak Malaysia. Barisan kemungkinan Malaysia adalah Syed Adney Syed Hussein, Asraruddin Putra Omar, Kaironnisam Sahabuddin Hussain, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin, Azi Shahril Azmi, Ashaari Shamsuddin, Hardi Jaafar, Khyril Muhymeen Zambri, Nizaruddin Yusof, Safee Sali. Good luck guy...

Friday, October 17, 2008

Malaysia Lawan Sierre Leon


Barisan kemungkinan Malaysia melawan Sierre Leon dalam Pestabola Merdeka: Helmi Eliza Elias, Irwan Fadzli Idrus, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Daudsu Jamaluddin, Shukor Adan, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar, Safee Sali, Amirulhadi Zainal. Kawan kawan semua amat yakin dengan kalian. Teruskan kemaraan. Jangan toleh belakang lagi. Kuatkan semangat. Tahniah Safee, lipat gunting anda adalah yang terhebat. Gol Terhebat Malaysia Sepanjang Dekad Ini.

Wednesday, October 15, 2008

Malaysia Kalahkan Nepal 4-0


Malaysia menewaskan Nepal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka edisi ke-40 di Stadium Perbandaran Petaling Jaya (MMBJ) di sini malam ini. Separuh masa: Malaysia 2, Nepal 0. Penjaring Malaysia: Indraputra Mahayuddin (minit 20), Mohd Safee Mohd Sali (25, 48,) Mohd Khyril Muhymeen Zambry (52). Tahniah Malaysia. Bermula dengan langkah kanan untuk pertahankan kejuaraan.

Malaysia Di Ranking 29 Asia

Bola sepak Malaysia sekarang berada di nombor 29 di kalangan negara negara Asia. Dulu Jepun kita belasah sekarang negara yang popular dengan Doraemon dan Detective Conan itu sudah berada di tangga pertama Asia. Mereka sama saiz dengan kita tetapi kenapa kita ketinggalan berbanding mereka. Sesuatu perlu dilakukan.
Dulu kata hendak training team masa depan, tetapi bila sudah sampai dewasa dan terlatih kita buang mereka yang lama. Kemudian sebut lagi nak latih team masa depan. Sampai bila masa depan itu hendak sampai. Kalau ditakdirkan kalah dalam Pestabola Merdeka ini, janganlah buang sesiapa. Sesungguhnya itulah taraf bolasepak Malaysia sekarang ini.

Malaysia Di Ranking 160 Dunia.

Ranking yang dikeluarkan FIFA pada 8 Oktober 2008 menyatakan kedudukan Malaysia ialah pada 160. Malam ini, Malaysia akan lawan Nepal yang berada pada kedudukan 175 dunia. Harap sangatlah Malaysia menang besar malam ni. Kalau Safee Ali dapat hatrikk malam ini lagi bagus. Lawan Malaysia lawan. Sayang sekali, tiada siaran langsung untuk perlawanan membabitkan pasukan Malaysia kebelakangan ini. Masa Malaysia lawan Chelsea hari itu, ramai yang kempunan. Elok benar mana mana pihak cari penajaan untuk bola Malaysia. Kasihanilah mereka yang minat bola jauh di ceruk kampung sana tu. Mereka pun nak tengok bola juga.

GO GO FELDA UNITED



Musim ini Felda United akan diperkuatkan oleh Nazrulerwan Makmor (KL PLUS), Zainal Rabin (Perlis), Rashid Mamud (Pahang), Chow Chee Weng (Sabah) dan Hasmawi Hassan (Kedah). Tahun depan Felda mungkin layak ke Liga Super pula. Siapa kata orang Felda tidak boleh jadi juara. Lihat Mawi anak Felda yang jadi juara AF3. Felda Boleh. Go Go Felda.

Malaysia Lawan Nepal Malam Ni

Malaysia akan menggunakan formasi 4-5-1 pada perlawanan menentang Nepal dan taktik tersebut masih lagi bergantung kepada keadaan pemain yang bakal diturunkan. Aku jangka Malaysia akan menang 5-0. Bravo Malaysia.
Dah lama tak tengok Malaysia belasah team negara lain. Asyik kita je kena belasah. Kita mahu tengok Malaysia mengganas kembali macam dulu. Tengok dalam gambar tu bagaimana ketangkasan Zainal Abidin dan Serbegeth Singh yang sedang menanduk bola.

Thursday, September 11, 2008

Theo Walcott Hatrikk Semalam

Arsenal punyai pengganti Thiery Henry sekarang. Semalam 3 gol dari Theo Walcott telah bantu England benam Croatia 4-1. Bravooo Theo Walcott and Arsenal. Manchester City jangan nak curik pulak Theo Walcott ni.

Saturday, August 23, 2008

Kedah Johan Lagi Malam Ini?


Malam ini aku ingat Kedah akan belasah Selangor lagi dalam Final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. Hari itu Selangor sudah kena belasah 0-3, kali ini ingat lagi besar lagi jumlah jaringan. Marlon Alex James akan hattrick malam ini. Cayalah Kedah.

Thursday, August 7, 2008

Brazil 1-0 Belgium: Two off as Hernanes scores

Hernanes scores for Brazil. He could be the next target for Real Madrid?

Brazil were made to work for it but got their campaign for Olympic Gold off to a winning start with a 1-0 victory over nine-man Belgium at the Shenyang Olympic Stadium. Belgium had Vincent Kompany sent off 20 minutes from time and Hernanes took full advantage to get the crucial goal after 79 minutes before Marouane Fellaini followed Kompany for an early shower. Sebastien Giovinco was on target and two penalties from Giuseppe Rossi and Roberto Acquafresco gave Italy a 3-0 win over Honduras. Elsewhere, Stuart Holden's strike gave the United States a 1-0 win over Japan and Australia were held to a 1-1 draw by Serbia.

Ronaldo Stay In England


BOGOTA, August 7 (Primera Liga) - Real Madrid coach Bernd Schuster believes it is a 'shame' that Cristiano Ronaldo has decided to stay in England, but has urged his club to put the matter behind them and focus on the squad already in place. The Spanish champions have been involved in a persistent and very public pursuit of Manchester United star Ronaldo all summer. At one point United even reported Real to FIFA, such was their annoyance with officials at the Bernabeu. However, the affair came to an end on Wednesday with Ronaldo announcing he is set to stay with the Premier League and European Champions for one more season at least.
'You have to respect his decision,' admitted Schuster.'He was free to do what he wanted and it's a shame that he isn't coming to us because he's a player who would really have improved this great group.'But hey, it doesn't matter. We've got a great group to get started on an important league campaign and fight for all the objectives we've set.'It's a decision we have to accept.'

Siapa Akan Dakap Piala Malaysia 2008

Pasukan manakah yang akan mendakap Piala Malaysia pada 2008. Aku pilih pasukan Kedah. Semalam Kedah belasah Perak 3-0. Pemain pemain Kedah sekarang ini berada satu kelas di atas pemain pemain negeri lain. Kedah akan menang sekurang kurangnya tiga Piala Malaysia lagi iaitu pada 2009, 2010 dan 2011.
Sebuah lagi pasukan yang aku rasa boleh fight Kedah sekarang ni ialah UPB MyTeam. Mereka ini bersemangat dan punyai corak permainan yang sukar dibaca oleh lawan. Pasukan mana pun yang lawan MyTeam kena hati hati. Silap percaturan akan kalah dengan MyTeam.

Cristiano Ronaldo Akan Main Dengan Real Madrid.

Rafael Van De Vart, pemain tonggak Belanda telah sah menjadi milik Real Madrid. Perpindahan Van De Vart ke Real Madrid memungkin Cristiano Ronaldo untuk kekal di Manchester United?
Ronaldo masih lagi mempunyai kontrak dengan Manchester, namun atas pilihan ibunya Ronaldo amat pasti pergi ke Real Madrid untuk menjadi bintang seperti Figo, Zidane, Ronaldo, Roberto Carlos, Raul dan Beckham. Real Madrid adalah tempat terbaik untuk seorang bintang seperti Cristiano Ronaldo. Setelah Portugal kalah 2-3 di peringkat suku akhir pada Jerman dalam Euro 2008, Ronaldo kempunan satu lagi piala. Mungkin bila bersama dengan Real Madrid, segala impian Ronaldo akan tercapai nanti.