Wednesday, October 29, 2008

Maradona Jurulatih Baru Argentina


Tahniah Maradona. Lagi mengancam team Argentina bila Lionel Messi dilatih sendiri oleh Maradona. Jurulatih Paling Popular Tahun Ini. VIVA DIEGO.

Monday, October 27, 2008

Titus dan Akmal Dipanggil Semula

Titus James Palani dan Akmal Rizal Rakhli. Dua nama ini menjadi sebutan semula B. Sathianathan bila jentera hadapan Malaysia tumpul semasa melawan Vietnam. Mungkin kalau dua orang ini ada jentera Malaysia akan dapat lebih banyak pilihan di bahagian depan.
Malam itu, Malaysia terlalu bergantung kepada wing untuk lambung bola dan heading bola di hadapan gol. Patutnya Malaysia main direct ball dan practise lebih banyak short pass untuk pecah kubu Vietnam. Kalau nak main long ball, pastikan player Malaysia boleh passing bola dengan accurate dan tahan bola dengan baik. Satu lagi pastikan player Malaysia aim dengan baik bila nak sepak bola. Bukan main sepak je bola tu. Ini antara kelemahan teknikal yang dapat dikesan pada malam final lepas. Ambil lah ikhtibar.


Sunday, October 26, 2008

Tewas Penalti Kepada Vietnam


Malam tadi, Malaysia bermain secara terbuka. Vietnam pula mudah saja main untuk buang masa bagi dapatkan penalti. Sentuh sikit saja sudah jatuh jatuh dan pura pura cedera. Taktik buang masa Vietnam menjadi. Melawan pasukan yang asyik berkubu selama 120 minit permainan inilah padahnya. Silapnya Malaysia lambat bawak masuk Khyrel Muhaymeen dan keluarkan Hardi Jaafar terlalu awal sangat. Apa pun tahniah untuk Malaysia. Sekurang kurangnya kalah secara bermaruah. Jangan salah Zamani Misbah yang sepak gol penalti tak masuk.

Saturday, October 25, 2008

Mari Penuhkan Stadium Sokong Malaysia

Malaysia sudah belasah Nepal, Sierre Leone dan Myanmar empat gol kosong. Afghanistan kena belasah lagi teruk, 6-0. Sudah 18 gol pasukan bolasepak Malaysia jaringkan gol tanpa balas. 4 kemenangan berturut turut hingga ke Final. Malam ini Malaysia lawan Vietnam untuk pertahankan kejuaraan Pestabola Merdeka. Final dua kali berturut-turut. Sayang kalau orang tak ramai malam ni kat stadium. Marilah kita turun ramai-ramai sokong team bolasepak Malaysia. Daripada sokong Manchester United, Liverpool dan Chelsea dalam EPL, lebih baik kita sokong pasukan bolasepak negara kita sendiri. Good Luck Malaysia.

Monday, October 20, 2008

Malaysia Belasah Afganistan 6-0


Zaquan Adha jaringkan dua gol. Bravo bro. Enam kali Afghanistan dibedil oleh Malaysia. Syabas Malaysia. Sayap kiri Ashaari Shamsuddin menyumbangkan dua gol pada minit ke-22 dan 64 manakala Nizaruddin Yusof dan Zaquan Adha Razak menambah dua lagi pada minit ke-42 dan 45 sebelum dilengkapkan oleh Safee Sali dan Hairuddin Omar (84 dan 87) dalam pesta gol itu.

Afganisthan Pula Bakal Dibelasah 4-0


Botak akan jadi Kapten malam ni. Cayalah...Malaysia sudah pun belasah Nepal dan Siere Leone, 4-0. Kali ini giliran Afghanistan pula kena belasah 4-0 nanti. Go go Malaysia, teruskan perjuangan untuk menaikkan kembali ranking bolasepak Malaysia. Barisan kemungkinan Malaysia adalah Syed Adney Syed Hussein, Asraruddin Putra Omar, Kaironnisam Sahabuddin Hussain, S. Subramaniam, Daudsu Jamaluddin, Azi Shahril Azmi, Ashaari Shamsuddin, Hardi Jaafar, Khyril Muhymeen Zambri, Nizaruddin Yusof, Safee Sali. Good luck guy...

Friday, October 17, 2008

Malaysia Lawan Sierre Leon


Barisan kemungkinan Malaysia melawan Sierre Leon dalam Pestabola Merdeka: Helmi Eliza Elias, Irwan Fadzli Idrus, Norhafiz Zamani Misbah, Aidil Zafuan Radzak, Daudsu Jamaluddin, Shukor Adan, Hardi Jaafar, Indra Putra Mahayuddin, Hairuddin Omar, Safee Sali, Amirulhadi Zainal. Kawan kawan semua amat yakin dengan kalian. Teruskan kemaraan. Jangan toleh belakang lagi. Kuatkan semangat. Tahniah Safee, lipat gunting anda adalah yang terhebat. Gol Terhebat Malaysia Sepanjang Dekad Ini.

Wednesday, October 15, 2008

Malaysia Kalahkan Nepal 4-0


Malaysia menewaskan Nepal 4-0 dalam perlawanan pembukaan Pesta Bola Merdeka edisi ke-40 di Stadium Perbandaran Petaling Jaya (MMBJ) di sini malam ini. Separuh masa: Malaysia 2, Nepal 0. Penjaring Malaysia: Indraputra Mahayuddin (minit 20), Mohd Safee Mohd Sali (25, 48,) Mohd Khyril Muhymeen Zambry (52). Tahniah Malaysia. Bermula dengan langkah kanan untuk pertahankan kejuaraan.

Malaysia Di Ranking 29 Asia

Bola sepak Malaysia sekarang berada di nombor 29 di kalangan negara negara Asia. Dulu Jepun kita belasah sekarang negara yang popular dengan Doraemon dan Detective Conan itu sudah berada di tangga pertama Asia. Mereka sama saiz dengan kita tetapi kenapa kita ketinggalan berbanding mereka. Sesuatu perlu dilakukan.
Dulu kata hendak training team masa depan, tetapi bila sudah sampai dewasa dan terlatih kita buang mereka yang lama. Kemudian sebut lagi nak latih team masa depan. Sampai bila masa depan itu hendak sampai. Kalau ditakdirkan kalah dalam Pestabola Merdeka ini, janganlah buang sesiapa. Sesungguhnya itulah taraf bolasepak Malaysia sekarang ini.

Malaysia Di Ranking 160 Dunia.

Ranking yang dikeluarkan FIFA pada 8 Oktober 2008 menyatakan kedudukan Malaysia ialah pada 160. Malam ini, Malaysia akan lawan Nepal yang berada pada kedudukan 175 dunia. Harap sangatlah Malaysia menang besar malam ni. Kalau Safee Ali dapat hatrikk malam ini lagi bagus. Lawan Malaysia lawan. Sayang sekali, tiada siaran langsung untuk perlawanan membabitkan pasukan Malaysia kebelakangan ini. Masa Malaysia lawan Chelsea hari itu, ramai yang kempunan. Elok benar mana mana pihak cari penajaan untuk bola Malaysia. Kasihanilah mereka yang minat bola jauh di ceruk kampung sana tu. Mereka pun nak tengok bola juga.

GO GO FELDA UNITED



Musim ini Felda United akan diperkuatkan oleh Nazrulerwan Makmor (KL PLUS), Zainal Rabin (Perlis), Rashid Mamud (Pahang), Chow Chee Weng (Sabah) dan Hasmawi Hassan (Kedah). Tahun depan Felda mungkin layak ke Liga Super pula. Siapa kata orang Felda tidak boleh jadi juara. Lihat Mawi anak Felda yang jadi juara AF3. Felda Boleh. Go Go Felda.

Malaysia Lawan Nepal Malam Ni

Malaysia akan menggunakan formasi 4-5-1 pada perlawanan menentang Nepal dan taktik tersebut masih lagi bergantung kepada keadaan pemain yang bakal diturunkan. Aku jangka Malaysia akan menang 5-0. Bravo Malaysia.
Dah lama tak tengok Malaysia belasah team negara lain. Asyik kita je kena belasah. Kita mahu tengok Malaysia mengganas kembali macam dulu. Tengok dalam gambar tu bagaimana ketangkasan Zainal Abidin dan Serbegeth Singh yang sedang menanduk bola.